NOTA RINGKAS
* Panggilan yang tepat pada Saidina Ali ialah r.a., bukan Karamullahu Wajhah. Sekiranya dipanggil Karamullahu Wajhah, sewajarnya para sahabat dipanggil dengan panggilan yang sama.
* Hadith Nabi Muhammad SAW: Riwayat Imam Bukhari daripada Jabir r.a. "Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya jenazah-jenazah Perang Uhud dikebumikan dengan darah-darah mereka tanpa dimandikan dan tanpa disolatkan mereka". (Contoh, mati syahid Fisabilillah)
* Satu hari, Rasulullah SAW berjalan dengan para sahabat. Kemudian Baginda berhenti dan berkata "Kalaulah kamu semua nampak langit di atas kepala kamu, semua melendur". Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenapa langit melendur?". Baginda menjawab, "Kerana semua malaikat sedang bersujud kepada Allah SWT". Apabila Rasulullah SAW berjalan di atas pasir dan batu pula, baginda berkata lagi, "Kalaulah kamu mendengar sebiji pasir dan batu-batu, pokok-pokok, daun-daun berzikir dan sujud pada Allah SWT".
No comments:
Post a Comment