Monday, 3 February 2014

MALAIKAT - Makhluk Di Langit


                                           MAKHLUK DI LANGIT

Dalam pembelajaran ke agamaan, disebutkan mengenai malaikat yang bertugas di langit pertama hingga ke langit ketujuh sebagai berikut:
       
Diriwayatkan oleh sahabat Mu’adz Bin Jabal dan Jabir Bin Abdullah, bahawa pada malam Israk Mikraj ketika perjalanan ke langit, Rasulullah SAW menyaksikan di langit pertama malaikat-malaikat sedang berzikir sejak mula mereka diciptakan oleh Allah SWT.
       
Di langit kedua, Baginda menyaksikan malaikat sedang rukuk. Sejak mula mereka diciptakan oleh Allah SWT mereka tidak pernah mengangkat kepala.
      
Di langit ketiga, Baginda menyaksikan malaikat sedang bersujud. Sejak mula mereka diciptakan Allah SWT, mereka tidak pernah mengangkat kepala kecuali ketika mendengar salam Nabi Muhammad SAW dan membalasnya, kemudian mereka sujud kembali.Oleh sebab itu, dalam setiap rakaat diwajibkan sujud dua kali.
       
Di langit keempat, Baginda SAW menyaksikan malaikat sedang bersyahadah.
       
Di langit kelima, Baginda menyaksikan malaikat sedang bertasbih.
        
Di langit keenam, Baginda SAW melihat malaikat sedang bertakbir dan bertahlil.
       
Di langit ketujuh, Baginda menyaksikan malaikat sedang mengucapkan salam sejak mereka diciptakan Allah SWT.

Menyaksikan semua itu, tergerak hati Baginda untuk memperolehi baginya dan umatnya ibadah seumpama itu. Mengetahui keinginan hati nabiNya, Allah SWT mengumpulkan seluruh ibadah malaikat tujuh langit sebagai penghargaan atas Nabi Muhammad SAW untuk menjadikan solat Nabi SAW dan umatnya.
       
Allah SWT berfirman: “Sesiapa mengerjakan solat lima waktu, ia memperolehi pahala seperti ibadah malaikat tujuh langit”.

        Adapun keterangan menyatakan adanya malaikat yang bertugas sebagai penyokong Arasy adalah seperti berikut:

        Disebutkan dalam kisah Israk Mikraj, Nabi SAW sebagai berikut: Selepas Nabi SAW sampai ke Sidratul Muntaha, lalu ada dinding emas. Diserahkan Nabi SAW kepada malaikat berkenaan.

        Dengan perjalanan yang cepat sekali hingga sampai Baginda SAW di suatu tempat, dimana ada dinding yang diperbuat daripada mutiara. Lalu Nabi SAW diserahkan lagi kepada malaikat yang bertugas disitu dan dari dinding demi dinding dengan dihantar oleh malaikat silih berganti, tibalah akhirnya di ARASY.

        Nabi SAW bersabda; “Ketika aku melihat Arasy, aku menemukan lebih luas dari segala sesuatu”.

        Dalam keterangan di atas, dapat kita fahami bahawa Arasy adalah suatu tempat paling tinggi dan lebih besar dan luas dari segala sesuatu.

         Imam Al-Qusyairi berkata: Di sebahagian hadith disebutkan bahawa malaikat berkata kepada Tuhan: Ya Tuhanku, aku ingin melihat Arasy-mu. Lalu Allah SWT memberikannya 30 sayap. Lalu terbanglah ia selama 30,000 tahun pula.

      Selepas itu Allah SWT bertanyakan kepadanya: “Sudahkah engkau melihat Arasy?”. Malaikat menjawab: “Aku belum mencapai sepersepuluh dari jejak Arasy”. Lalu ia minta izin Allah SWT kembali ke tempatnya.

Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.
Wallahu’alam. 


No comments:

Post a Comment