NABI ISA A.S.
- Nabi Isa a.s. akan turun ke bumi dari menara putih sebelah Timur Damsyik. Baginda akan turun dengan jubah putih (Sesetengah riwayat mengatakan; dicelup dengan 'zakfaron'). Baginda meletakkan dua tapak tangannya di sayap dua malaikat. Apabila baginda menundukkan kepala, maka menitislah air bagaikan perak atau permata. Apabila kepala baginda diangkat semula, maka berselaraklah titisan mutiara dan berlian. Nafas baginda sejauh mata memandang. Orang-orang kafir yang mencium baunya akan mati.
- Nabi Isa a.s. akan mengejar Dajjal hingga ke Lud iaitu satu bandar di Jerusalem, Israel.
- Nabi Isa a.s. akan memecahkan semua gereja-gereja, berhala-berhala dan memusnahkan semua salib-salib serta membunuh semua khinzir (babi) yang ada.
- Semasa pemerintahan Nabi Isa a.s., dunia amat makmur dan mewah termasuklah binatang-binatang. Contohnya, kambing baik dengan serigala.
- Apabila Nabi Isa a.s. memerintah, tiada lagi orang kafir di dunia. Ianya berkait dengan pembunuhan khinzir (babi).
- Pada penghunjung pemerintahan Nabi Isa a.s. iaitu selama 40 tahun, datang angin lembut (yang dikatakan melalui celah ketiak) mencabut semua roh orang mukmin dan meninggalkan semua orang-orang jahat dan kafir.
No comments:
Post a Comment