NOTA RINGKAS
·
Muhammad
Bin Abdul Wahab (pengasas Wahabi) adalah daripada keturunan Bani Tamim.
·
Gelaran
‘Amirul Mukminin’ kepada Khalifah bermula pada zaman pemerintahan Umar Ibnu
Khattab. Amru bin Al-As yang mula memanggil Saidina Umar dengan panggilan 'Amirul Mukminin'.
·
Imam Al-Qurtubi ada mengatakan: antara tubuh badan yang tidak musnah selain para
nabi ketika Sangkakala ditiupkan ialah Muazzin (Pelaung Azan/Bilal) yang
ikhlas dalam melaungkan azan.
·
Hadith
tentang wanita/ isteri yang membenarkan suami berpoligami dan jika berbuat demikian
mendapat (Payung Emas) adalah hadith tidak sahih.
·
Raja
Najasi iaitu pemerintah/ Raja Habshah adalah seorang yang beriman/ Islam. Baginda menyembunyikan keimanan beliau daripada pengetahuan rakyatnya kerana baginda pemerintah/Raja Negara Kristian. Rasulullah SAW menyayangi baginda dan selalu
mendoakannya. Ada sesetengah riwayat yang mengatakan semasa kemangkatan baginda, ianya dikebumikan secara Kristian. Rasulullah SAW sedih apabila Raja Najasi mangkat; dan salah satu tanda Raja Najasi seorang mukmin adalah apabila Rasulullah SAW solat jenazah ghaib.
·
Perintah
Solat 5 waktu bermula selepas Israk Mikraj dan ianya berlaku setelah kewafatan
isteri Rasulullah SAW, Khadijah. (antara 6 bulan,1 tahun, atau 1 tahun 2 bulan selepas kewafatan Khadijah) Israk Mikraj pula berlaku antara bulan Muharram, Rabiul Awal atau Ramadhan.
·
Imam At-Tirmizi mengatakan bahawa ada 99 sebab kematian seseorang hamba Allah. ‘Ia
sekeliling pinggang kita'.
·
Afdhal
meletakkan jenazah untuk disolatkan di luar masjid dan bukan di dalam masjid, (ruang solat) Ia adalah Sunnah. Rasulullah SAW pernah solatkan
jenazah di dalam masjid sekali sahaja, dan itupun ketika hujan lebat/ banjir.
No comments:
Post a Comment