TAMADUN AWAL
14000 – 8000 S.M
·
Kewujudan
tamadun manusia yang dikenali sebagai Tamadun Natuf.
·
Bukti
pertama kehidupan manusia ditemui di Palestin. Contohnya Bandar tertua ialah
Jerico. (8000 S.M)
1900 S.M.
·
Kedatangan
Nabi Ibrahim a.s. ke Palestin menyebarkan risalah Tauhid.
·
Dakwah
Baginda diterima penduduk tempatan dan diteruskan oleh anak-anak baginda Nabi
Ismail a.s. (menetap di Makkah)
·
Nabi
Ishak dan anaknya Nabi Yaakub (Israel) menetap di Palestin. Kemudian anak-anak
Nabi Yakub seramai 12 orang berhijrah ke Mesir.
·
Allah
SWT memeritahkan mereka berdua menetap di Palestin dan melaksanakan dakwah ke
jalan Allah SWT.
·
Nabi
Ibrahim a.s. menetap di kawasan Baitul Maqdis yang merupakan tanah yang di
berkati.
·
Nabi
Luth a.s pula diperintahkan Allah SWT menetap di timur Baitul Maqdis dan
menjadi Nabi kepada bangsa Qatinin, (timur Palestin) yang di kenali sebagai
kaum Luth.
2500 S.M.
·
Kedatangan
kabilah Kan’an, nenek moyang bangsa Palestin hari ini dari Semenanjung Arab,
Palestin juga di kenali sebagai Ardul Kan’an.
Bangsa Palestin:
I.
Bani Kan’an. (majority)
II.
Suku penakluk Arab.
III.
Kaum Philistine. (East Meditranean – 1300 S.M)
·
Wujud
tamadun dengan adanya 200 penempatan bangsa Palestin ratusan tahun sebelum
datangnya Yahudi ke situ S.M.
·
Nabi
Musa diutuskan untuk menyelamatkan manusia dan memimpin Bani Israel dari di
tindas Firaun.
·
Nabi
Musa telah menyelamatkan kaumnya dari Firaun dan mengajak mereka ke Palestin.
·
Mereka
enggan kerana penakut dan bacul. Akibatnya mereka tersadai di padang pasir
Sinai selama 40 tahun.
1004 S.M.
·
Nabi
Daud a.s. memerintah menggantikan Talut dan meneruskan dakwah tauhid daripada
nabi sebelumnya.
995 S.M.
·
Al-Quds,
(Baitul Maqdis) dijadikan ibu negeri oleh Nabi Daud a.s.
·
Nabi
Sulaiman a.s menyambung pemerintahan. Selepas zaman Nabi Sulaiman terbentuknya
dua kerajaan bermusuhan.
923 – 721 S.M.
·
Kerajaan
pertama iaitu kerajaan Israel yang memerintah utara Palestin yang akhirnya
dikalahkan oleh Sargon II dan Bani Israel telah dipindahkan ke Kota Harran,
Khabur, Kurdistan dan Parsi.
923 – 86 S.M.
·
Kerajaan
kedua iaitu kerajaan Yahudi yang memerintah Palestin dan Quds sebagai ibu
negerinya dan akhirnya dikalahkan oleh Babylon di tangan Nebuchadnezar yang
telah memusnahkan Quds dan Haikal.
·
40,000
orang Yahudi telah di tawan.
KERAJAAN ISLAM.
571 M.
·
Nabi
Muhammad SAW di puterakan ketika Baitul Maqdis di bawah kekuasaan kuasa besar
Rom (Kristian).
611 M.
·
Nabi
Muhammad SAW dilantik menjadi Rasulullah.
630 M/8 H.
·
Rasulullah
SAW menghantar 300 orang sahabat menentang Rom (150,000 tentera) yang menjajah
Palestin dan berlakunya Peperangan Muktah.
631 M/9 H.
·
Rasulullah
SAW mengetuai 3,000 tentera Islam menuju Palestin di Tabuk bagi menentang
tentera Rom.
632 M/10 H.
·
Rasulullah
SAW menyiapkan tentera yang diketuai Usamah Bin Zaid di Ubna berdekatan Muktah
di Palestin. Rasulullah SAW wafat dan perjuangan diteruskan oleh Abu Bakar As
Siddiq.
636 M/14 H.
·
Tentera
Islam mengalahkan Rom dan Palestin dibuka oleh Umar Al Khattab r.a. Perjanjian
Umar mematerikan keamanan dan tidak membenarkan seorang Yahudi pun tinggal di
sana. Keseluruhan bumi Palestin adalah TANAH WAKAF milik umat Islam sehingga
hari kiamat.
691 M/59 H.
·
Semasa
pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan, Masjid Qubbatus Sakhra’ siap
dibina. Bangunan yang menempatkan As-Sakhra’ merupakan lokasi Mikraj Rasulullah
SAW sebelum Baginda ke Sidratul Muntaha.
15hb Julai 1099/495 H.
·
Tentera
Salib yang ganas dan kejam mengganas di Baitul Maqdis selama satu minggu.
Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk di situ.
Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang
jalan, jumlahnya tidak kurang 70,000 orang.
15hb Oktober 1187/27 Rejab 583
H.
·
Pembukaan
semula Baitul Maqdis oleh Salahudin Al Ayubi (1138 – 1193M) bersama tentera
yang terpilih dan warak. Cubaan bertubi-tubi Tentera Salib telah gagal untuk
menawan semula Baitul Maqdis.
Allah
yang maha mengetahui,
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment