Tuesday 4 February 2014

NOTA RINGKAS - Hajarul Aswad

NOTA RINGKAS

                     * Hajar Aswad ialah batu berwarna hitam kemerahan terletak di sudut selatan, sebelah kiri pintu Kaabah. Awalnya ia berbentuk satu bongkah, tetapi sekarang berkeping-keping menjadi lapan gugusan batu kecil kerana pernah pecah.

Hal ini berlaku pada zaman pemerintahan Qaramitah, iaitu pengikut Abu Tahir daripada kumpulan Syiah, mencabut Hajar Aswad dan membawanya ke Ihsa (di timur semenanjung Arab) pada tahun 319 Hijrah (ada mengatakan pada 317 Hijrah) sebelum dikembalikan semula pada 339 Hijrah.

Asal usul dan warna Hajar Aswad, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu di turunkan dari Syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".

Hajar Aswad ialah batu yang sangat mulia. Ia diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. agar diletakkan di salah satu penjuru Kaabah. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ia diletakkan semula oleh baginda. Hajar Aswad menjadi tempat bertemunya bibir dikalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan umrah sepanjang zaman.

Allahu Warasullu'alam.

No comments:

Post a Comment