Friday, 28 February 2014

PEDOMAN MUKMIN – Nabi Adam AlaihisSalam (2)

Nabi Adam a.s.

 ·       Nabi Adam a.s yang menamakan pasangannya sebagai ‘Hawa’ (bermakna sesuatu yang hidup). (Imam Bukhari)

·         Hawa diciptakan dari sulbi Nabi Adam a.s. ketika baginda keseorangan tertidur dibawah sepohon pokok. Lelaki dari ‘Sulbi’ dan wanita pula dari ‘Tara’ib’. (Qurtubi dan Ibnu Kathir)

·         Imam Al Bukhari: Dari Abu Hurairah; Rasululllah SAW menyatakan bahawa didalam syurga ada satu pokok yang kalau dikelilinginya memakan masa 100 tahun iaitu ‘Sajaratul Khuldi’. Ibnu Kathir berkata; janganlah kita terlalu memikirkan jenis pokok apa yang ada didalam syurga semasa Nabi Adam a.s. hampiri.

·         Ibnu Kathir dalam kitabnya Qisasul Ambiya berkata: dari riwayat Ibnu Abbas; antara jadinya Nabi Adam dan Hawa sehingga terkeluarnya Baginda berdua dari syurga hanya melalui tempoh masa dari waktu Asar hingga jatuh matahari mengikut kiraan akhirat ialah selama 43 tahun waktu dunia.

·         Dari pandangan Ibnu Kathir pula, Nabi Adam a.s. tinggal didunia pula selama 1000 tahun.
Nabi Adam a.s. menangis kekesalan selama 60 tahun.
Nabi Adam a.s. menangis rindukan syurga selama 70 tahun.
Nabi Adam a.s. menangis kerana kesalahan selama 70 tahun.
Nabi Adam a.s  menangis kerana kematian anaknya selama 40 tahun.

Ibnu Kathir mengambil hujah dari kitab Taurat yang benar (ahlul kitab). Ada persamaannya dengan riwayat Ubai Bin Ka’ab sahabat Rasulullah SAW.

·         Hassan Al Basri pula menyatakan bahawa Nabi Adam a.s dibuang di Ceylon (Sri Lanka) dan Hawa pula di Jeddah. Iblis pula dibuang di Basrah (Dustimyani iaitu beberapa batu dari Basrah) manakala Ular dibuang di Asbihan Afghanistan.

·         Menurut Ibnu Abbas pula, Nabi Adam a.s. pula dibuang dari syurga ke satu tempat bernama ‘Dahnak’ atau ‘Duhnak’ iaitu antara Mekah dan Taaif. Nabi Adam a.s keluar dari syurga bersama-sama Hawa, Iblis dan Ular (yang mempengaruhi Hawa).

·         Menurut Ibnu Umar pula, Nabi Adam a.s. dan Hawa pula dibuang antara Saffar dan Marwah.

·         Sebelum wafatnya Nabi Adam a.s., beliau teringin sangat memakan buah dari syurga dan malaikat memberikannya. Hawa menyaksikan kematian Nabi Adam a.s. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hambal dari Ubai Bin Ka’ab dan disahihkan oleh Ibnu Kathir).


No comments:

Post a Comment