NOTA RINGKAS
* Jenazah Rasulullah SAW yang mulia, disolatkan oleh Sahabat lelaki dan wanita. Ianya didahului oleh lelaki dan kemudiannya wanita. Selepas itu diikuti pula oleh kanak-kanak. Ini di jelaskan oleh Imam Al-Mawardi.
Orang ramai masuk lalu solat keatas baginda berkumpulan-kumpulan. Mereka tidak diimamkan oleh sesiapa kerana Baginda SAW adalah imam kepada umatnya.
Yang mula-mula masuk untuk solat keatas Baginda SAW ialah dari Bani Hashim. Diikuti pula oleh kaum Muhajirin dan seterusnya Ansar. (Al-Hawi fi Fiqh Asy-Syafie)
* Harus bagi wanita melakukan solat jenazah samaada di rumah atau di masjid.
* Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin dan di kebumikan pada hari Selasa dan orang ramai solat jenazah sendirian, mereka tidak diimamkan oleh seseorang pun. (Riwayat Imam Malik).
* Dalam satu hadith, Aisyah r.ha pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Nabi SAW dalam berumahtangga?. Aisyah r.ha menjawab; "Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya, menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaikki sepatu dan memerah susu kambing. Apabila tiba waktu solat baru Baginda berhenti dan kemudian menunaikan solat". (Riwayat Bukhari)
* Hukum mencintai Rasulullah SAW adalah WAJIB dan ianya merupakan prinsip akidah.
* Hadith dari Abu Hurairah, dia berkata: Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, bilakah tuan diangkat menjadi Nabi?". Baginda SAW menjawab: "(Ketika) Adam masih lagi (kejadiannya) diantara roh dan jasad". (Riwayat At Tirmizi)
* Rasulullah SAW mempunyai dua jenis cincin. Ada yang diukir perkataan 'Muhammad Rasulullah' dan ada yang diletakkan batu. Jenis batu pula menjadi perbahasan para ulama. Sebahagian mengatakan ia adalah Akik dan Al Imam Jalaluddin As Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat dalam kitab 'Mufradat fi at-thib karangan Ibnu Al Baithar bahawa jenis batu adalah zabarjad.
* Imam Haskafi ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa, sebentuk cincin tidak boleh melebehi berat satu 'mitsal' yang bersamaan 4.680 gram. Imam Ibnu Abidin dari mazhab yang sama pun berpandangan begitu.
* Para ulama Malikiah berpendapat dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar beratnya bawah dua dirham iaitu bersamaan 3.125 gram x 2 = 6.25 gram.
* Di dalam hadith disebutkan, "Rambut Nabi SAW tidak terlalu kerinting. Dalam hadith disebutkan, "Rambut Nabi SAW tidak terlampau kerinting dan tidak pula kaku". (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
Allahu Warasullu 'alam.
No comments:
Post a Comment