NOTA RINGKAS
* Kota Konstantinopel dikenali sebagai Istanbul yang berada di Turki. Perkataan Istanbul berasal daripada perkataan 'Islam Bul' iaitu bermaksud Kota Islam. Perkataan itu ditukar pada zaman kezaliman Kamal Atartuk menjadi Istanbul.
* Abu Ayub Al-Ansari dipanah musuh ketika sedang memegang panji Islam dalam perang untuk menawan Kota Konstantinopel dan beliau gugur Syahid. Jenazah beliau dikebumikan di bawah tembok Kota Konstantinopel.
* Ketika Dajjal berkuasa di dunia dan menguasai Kota Istanbul, Imam Mahdi dan tentera Islam akan muncul untuk membuka Kota Konstantinopel buat kali kedua sebelum terjadinya tanda-tanda kiamat besar.
* Sheikh Daud Abdullah al-Fathani dalam kitabnya 'Fathul Mannan' mengatakan bahawa Saidina Ali r.a. mempunyai anak kesemuanya 15 lelaki dan 19 perempuan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 34 orang. Antara di sebut dalam kitabnya ialah, Hasan, Husein, Muhsin, Zainab, Ummu Kultsum, Muhammad Akbar, Muhammad Hanafiyah, Abdullah, Abu Bakar, Abbas, Utsman, Ja'far, Abdullah, Muhammad Asghar, Yahya, Aun, Umar Akbar, Ruqaiyah, Muhammad Al Ausat,Ummul Husien, Ramlah, Umamah, Khadijah, Ummul Kiram, Ummu Ja'far,Humanah/Jumanah, Nafisah dan seorang lagi anak perempuan beliau meninggal dunia ketika kecil lagi.
Penulisan ini terhasil dari pembelajaran yang dikumpulkan untuk dikongsikan bersama sepanjang perjalanan hidup yang ditempuhi, berlandaskan Sunnah, diambil dari pengisian dari para Ilmuan yang menegakkan Sunnah. Apa yang ditulis ini sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan keluarga terdekat, dan kepada sesiapa jua umat Islam yang boleh mendapat manfaat darinya, segala yang baik datangnya dari Allah SWT yang Maha Mengetahui, mana yang kurang datangnya dari diri sendiri sebagai hambaNya..
Tuesday, 4 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment