PEDANG-PEDANG RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW pernah memiliki 9 bilah pedang sepanjang hayat baginda. Ada diantaranya tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
AL-MATHUR DAN AL-QAZEEB (AL QADIB)
- AL-MA'THUR (Ma'thur al-Fijar)
Dimiliki sebelum menerima wahyu dan diwarisi daripada ayahanda baginda dan dibawa sewaktu hijrah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah SAW akhirnya memberikan pedang tersebut kepada Ali bin Abi Thalib.
Panjang mata pedang ini ialah 99cm. Mempunyai ukiran tulisan Arab 'Abdullah Bin Abdul Muttalib'. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
Panjang mata pedang ini ialah 99cm. Mempunyai ukiran tulisan Arab 'Abdullah Bin Abdul Muttalib'. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
- AL-QAZEEB (AL QADIB)
Mata pedangnya nipis dan menyerupai sebatang tongkat. Digunakan oleh Baginda SAW sebagai pertahanan apabila membuat suatu perjalanan jauh. Pedang Al-Qazeeb ini tidak pernah digunakan bagi tujuan perperangan.
Di atasnya terdapat ukiran perak iaitu; 'Tiada ada Tuhan melainkan Allah SWT, Muhammad Rasul Allah- Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib'.
Panjang mata pedang ialah 100 cm dan sarungnya dari kulit haiwan. Pedang ini juga berada di rumah baginda SAW sebelum pedang itu akhirnya sampai ke tangan Khalifah Fatimid.
AL-AZAB DAN AL-BATTAR
- AL-AZAB (AL-A'DB) ( bermaksud; 'memotong' atau 'tajam')
Dihadiahkan oleh pengikut baginda SAW sebelum meletusnya perang Badar sebagai tanda taat setia dan penghormatan pada Rasulullah SAW. Digunakan oleh Rasulullah SAW ketika perang Uhud. Pedang ini kini berada di Masjid Hussain, Kaherah, Mesir.
- AL-BATTAR (Pedangnya para Nabi)
Diperolehi Baginda SAW hasil rampasan perang dengan Bani Qayuaqa. Pedang ini disebut sebagai 'Pedang para Nabi' kerana diatasnya terdapat ukiran nama-nama Nabi iaitu Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Yusuf a.s., Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad SAW. Diatasnya terdapat gambar Nabi Daud a.s. ketika memenggal kepala Jalut pemilik asal pedang ini.
Panjang mata pedang ini ialah 101cm. Pedang ini dikatakan akan digunakan oleh Nabi Isa a.s. kelak ketika baginda turun ke bumi untuk menentang Dajjal.
- HATF
Pedang ini sampai ketangan Rasulullah SAW hasil rampasan perang dengan Bani Qaynaqa. Ianya dikatakan di buat oleh Nabi Daud a.s. dan digunakan sendiri oleh Baginda sebelum akhirnya sampai ketangan Rasulullah SAW setelah disimpan lama oleh suku Levita.
Panjang mata pedang ini ialah 112cm dan lebarnya 8cm. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
- AL-MAKHZAM (AL MIKHDHAM)
Ada pendapat mengatakan asalnya dari Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya diberikan kepada Saiyidina Ali Bin Abi THalib dan seterusnya dimiliki oleh anak-anak beliau.
Pendapat lain mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Saiyidina Ali Bin Abi THalib sendiri hasil dari rampasan perang yang dipimpinnya di Syria(Syam).
Panjang mata pedang ini ialah 97cm. Mempunyai ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Zayn Al-Din Al-Abidin'. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
- AL RASUB (AL-RASOOB)
Ada pendapat mengatakan pedang ini dijaga dirumah Rasulullah SAW oleh ahli keluarga Baginda.
Panjang mata pedang ini ialah 140cm serta mempunyai bulatan emas dan didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Ja'far Al-Sadiq'. Ianya juga tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
- QALI (bermaksud; 'timah' atau 'timah putih')
Merupakan salah satu pedang rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang mengatakan pedang ini dijumpai oleh datuk Rasulullah SAW ketika menemui air zam-zam di Mekah.
Panjang mata pedang ini ialah 100cm. Terdapat ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah'.
- DZU AL-FAQAR (bermaksud; pedang dua mata)
Diperolehi Baginda SAW melalui rampasan waktu perang Badar. Pedang ini juga diberi kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib ketika perang Uhud. Setelah perang Uhud tamat, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib mengembalikan semula pedang ini kepada Rasulullah SAW dalam keadaan masih berdarah. Pedang ini akhirnya menjadi milik Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dan keluarganya.
Allahuwa Rasullu a'lam
No comments:
Post a Comment