Tuesday 4 February 2014

NOTA RINGKAS - Syirik dan Perihal Kolam Al Kauthar.

NOTA RINGKAS

                     * 'Hasbi Rabbi Jallallah': Jangan dibaca kerana ianya mensyirikkan Allah SWT. Selawat sepatutnya hanya keatas Nabi SAW sahaja dan bukan selawat ke atas 'Nur Muhammad'.  Sheikh Abdul Kadir Jailani berkata sifat tuhan iaitu 'Qudus' bercantum dengan 'Nur Muhammad' dan menyatakan seolah-olah Allah SWT ada roh. Ianya Syirik. 


                     * Nabi Muhammad SAW disediakan sebuah kolam di Syurga yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Nabi Muhammad SAW akan berada dekat kolam itu pada hari kiamat menunggu sesiapa diantara umatnya yang datang meminium airnya. Sesiapa yang meminum air kolam tersebut tidak akan merasa haus dan dahaga untuk selama-lamanya.

Kolam itu ialah kolam Al Kauthar, kerana airnya dari sebatang sungai di Syurga. Al Khauthar yang dikurniakan Allah SWT khas kepada Nabi Muhammad SAW.

Sungai itulah yang memenuhi kolam tersebut melaui dua saluran emas dan perak. Bau tanah dasar sungai tersebut lebih harum dari bau kasturi.

Rasulullah SAW bersabda, " Kauthar itu sebatang sungai di dalam Syurga, kedua-dua tebingnya daripada emas, aliran airnya diatas mutiara dan yakut, bau tanah di dalamnya lebih harum dari kasturi dan airnya lebih manis daripada madu, malah lebih putih daripada salji". (Riwayat At Tirmizi hadith daripada Abdullah Bin Umar r.a.)

No comments:

Post a Comment