Monday, 3 February 2014

NOTA RINGKAS - Informasi

NOTA RINGKAS

               * Sejarah telah membuktikan bahawa Nabi Isa a.s. telah diisytiharkan sebagai Tuhan oleh Jemaah Lembaga Negeri NICE (Counsel of NICE) oleh Raja Constantin di Bithynia pada tahun 325 Masihi. Tindakan untuk memperkuatkan kepercayaan dan ketuhanan Isa oleh penganut Kristian.

               * Menurut Imam Az-Zahabi, Saidatina Aishah r.a.,Ummu Salamah dan Saidatina Hafsah dikenali sebagai 'Fuhaqu' As-Sahabiyah (Ulama Fiqah para sahabat wanita).

               * Anas bin Malik r.a. menceritakan: "Ketika Perang Uhud, aku melihat Aishah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim; kedua-duanya menyinsing hujung pakaian lantas mengangkut bekas air yang besar di atas bahu mereka lalu memberi minuman kepada kaum Muslimin yang terluka. Mereka terus mengulang- alik mengangkat dan memberi minuman".

               * Dalam Perang Badar yang berlaku dalam tahun 2 Hijrah, Tentera Islam menang kerana memandang lemahnya diri dan berganung semata-mata kepada ketentuan Allah SWT (Ali Imran 3:123)

               * Tentera Islam kalah dalam Perang Hunain yang berlaku dalam tahun 8 Hijrah kerana mereka kekuatan diri dan ramainya bilangan iaitu 12,000 orang. Musuh mereka hanya 1,000 orang.

                * Aishah r.a. berkata "Bahawa Rasulullah SAW setiap malam bangkit bersolat dan ketika bangkit daripada sujud, didapati tanah basah dengan titisan air mata Nabi SAW. Ketika duduk, air matanya akan menitis membasahi peha Nabi SAW".

               * Daripada Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya hari kiamat adalah seperti dua jari ini" (iaitu jari telunjuk dengan jari tengah). Riwayat Muslim.

No comments:

Post a Comment