Sunday, 16 February 2014

NOTA RINGKAS – Perihal Berkaitan dengan Rasulullah SAW.


 NOTA RINGKAS

·         Salah seorang isteri Rasulullah SAW ada yang berbangsa Yahudi iaitu Saffiyah Binti Huyai

·         Dari Abu Hurairah  r.a., Rasulullah SAW  bersabda: ‘Tidak akan terjadinya kiamat sehingga wujudnya 25 – 27 orang (sesetengah mengatakan 30) mengaku menjadi Nabi. (Dajjal/Nabi palsu)

·         Nama sebenar Abu Hurairah (Bapa Kucing) ialah Abdul Rahman Bin Saqr. Menjadi Gabenor pada zaman Khalifah Umar Al Khattab dan kemudian meletak jawatan. Selepas itu sekali lagi menjadi Gabenor pada zaman Khalifah Utsman Ibnu Affan.

·         Ucapan terakhir sebelum Rasulullah SAW wafat ketika dipangkuan Aisyah r.ha. ialah ‘Allahumma Fir Rafiq kil A'la’ / ‘Al Rafiq, Al A’la’ (Yang lunak/ Santun, Maha Tinggi) dan bukannya ‘ummati,ummati’.

·         Ada riwayat mengatakan, disaat Rasulullah SAW hampir wafat, Baginda SAW mengatakan yang beliau masih terasa sakit disebabkan oleh racun 'perempuan Khaibar' yang diberi kepada Baginda SAW dalam daging kambing yang Baginda SAW makan.

·         Istilah ‘Sahabat’ dikalangan para sahabat Nabi Muhammad SAW ialah orang beriman hingga akhir hayatnya yang pernah (bertemu/ berdepan/berjumpa) dengan Baginda SAW meskipun tidak melihat Baginda SAW. (Contoh: Orang Buta)

·         Abu Bakar As Siddiq sahabat Nabi SAW juga adalah bapa mertua Baginda SAW.
Umar Ibnu Khattab sahabat Nabi SAW juga adalah bapa mertua Baginda SAW.
Utsman Ibnu Affan sahabat Nabi SAW adalah menantu Baginda SAW.

Ali Bin Abi Talib sepupu Nabi SAW adalah juga menantu Baginda SAW. 

No comments:

Post a Comment