Tuesday, 18 February 2014

PEDOMAN MUKMIN – Kisah Rasulullah SAW dan Seekor Kijang (Zibyah)


Pada suatu hari, Nabi SAW dan para sahabat hendak bertemu dengan satu kaum di padang pasir. Baginda serta sahabat lalu di tepi sebuah bukit. Tiba-tiba, Baginda SAW terjumpa seekor kijang yang terkena jerat oleh kaum itu (Zibyah- kijang). Nabi SAW pun bertemu dengan kijang tersebut dan tiba-tiba, kijang tersebut memberi salam kepada Rasulullah SAW.
          
         Rasulullah SAW menjawab salam kijang tersebut dan kijang kemudiannya meminta Baginda agar melepaskannya daripada jerat itu. Nabi SAW menjawab, “Kamu bukan kepunyaan aku tetapi kepunyaan orang lain”. Kijang berkata lagi, “Kau lepaskan aku Rasulullah kerana aku hendak menyusukan dua ekor anak aku yang seharian tidak menyusu dan kelaparan. Aku hendak menyusukan sekenyang-kenyangnya mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Aku berjanji aku akan datang semula dan kemudian kau tambatlah aku semula di sini”. Rasulullah SAW berkata, “Aku nak pegang janji apa dengan kau kalau aku lepaskan kau yang bukan milikku?”. Kijang berkata, “Aku berjanji dengan nama Allah SWT”. Rasulullah SAW melepaskan kijang tersebut dan kijang itu berlari sekuat-kuat dan sepantasnya.
          
         Seharian Rasulullah SAW menunggu dan Baginda hampir meninggalkan tempat tersebut. Tiba-tiba, kijang melompat turun dari atas bukit kerana terlambat dan khuatir Rasulullah SAW meninggalkan tempat tersebut. Kijang memberitahu yang ia terlewat kerana anak-anaknya menyusu dengan sepuas-puasnya.
          
         Rasulullah SAW kemudian menambat semula kijang tersebut dan meneruskan perjalanannya. Apabila bertemu dengan kaum yang ingin ditemuinya, Baginda SAW terus bertanya, “Di antara kamu, siapakah yang memasang jerat berhampiran dengan bukit tersebut?”. Seorang pemuda kemudian mengaku bahawa beliau telah memasang jerat itu. Nabi SAW mengatakan bahawa jeratnya telah mengena. Pemuda itu berkata, “Aku berniat jika jerat aku mengena, aku hendak memberikan kijang tersebut kepadamu, Rasulullah!”. Nabi SAW mengucapkan terima kasih dan Baginda memang mahukan sangat kijang tersebut.
          
         Kemudiannya, Rasulullah SAW kembali ke jerat tersebut dan Baginda berkata kepada kijang itu, “Sekarang kau milik aku dan aku lepaskan kau”. Kijang berasa amat bersyukur lalu berkata, Bolehkah aku ikut berdakwah denganmu, ya Rasulullah?”.

Hadith terhenti setakat di situ.



2 comments: