Sunday, 16 February 2014

IKTIBAR UNTUK MUKMIN - Rentetan Peristiwa Akhir Zaman (3)

DAJJAL DAN YAKJUD MAKJUD

  • Sebahagian pendapat mengatakan Yakjud dan Makjud akan muncul di Armenia. Dzulkarnain ialah orang pertama yang menahan Yakjud dan Makjud ataupun menghalang Yakjud dan Makjud dengan membina tembok penahan. 
  • Orang yang terselamat daripada Dajjal dibawa oleh Nabi Isa a.s. ke Bukit Thur untuk mengelak serangan daripada Yakjud dan Makjud. Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya terkepung di bukit tersebut dan kebuluran.
  • Tasik Thabari ada di Israel. Yakjud dan Makjud serta pengikutnya minum daripada air tasik tersebut.
  •  Allah SWT menghantar sejenis ulat 'Nakfa' ke tengkuk Yakjud dan Makjud menyebabkan musnah segalanya. 
  • Allah SWT menghantar burung yang lehernya seperti unta dan memungut bangkai-bangkai Yakjud dan Makjud lalu mencampakkan ke tempat yang tidak diketahui.
  • Kemudian, Allah SWT turunkan hujan untuk membersihkan bumi. Selepas itu, Allah SWT tumbuhkan buah-buahan. Contohnya, Rasulullah SAW bersabda : Sebiji buah delima boleh dimakan seramai 40 orang. Besarnya kulit delima itu boleh dibuat bumbung. Susu seekor kambing cukup untuk satu jemaah minum (anggaran 30 orang). Menunjukkan berkatnya bumi pada zaman itu. 
  • 'Dabbah' sejenis binatang merayap dan boleh bercakap dengan manusia. Sesiapa yang terkena akan mempunyai tanda pada hidung mereka. 
  • Dajjal akan berada di bumi selama 40 hari. Satu hari bersamaan setahun; satu hari bersamaan sebulan; satu hari bersamaan seminggu dan seterusnya seperti hari-hari biasa. 
  • Pantasnya Dajjal seperti hujan gerimis berserta angin yang kuat. Rasulullah SAW bersabda: Dajjal mempunyai rambut yang amat kerinting dan berbadan sasa. Dajjal bermata satu dan buta sebelah kanan. Mata yang sebelah itu pun tersembul seperti anggur. Di dahinya tertulis 'Khaf-fa-ra'. Menurut Rasulullah SAW: sesiapa yang pernah melihat Abdul Al-Uzza bin Qalam pada zaman jahiliyah; begitulah rupa Dajjal. 
  • Dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan juga boleh menyuruh bumi menyuburkan dengan tumbuh-tumbuhan. Dajjal juga boleh menggemukkan atau menyihatkan ternakan-ternakan serta menambahkan susu dan lain-lain lagi. Dajjal boleh mengeluarkan semua khazanah-khazanah bernilai (seperti berlian, zamrud, permata dan lain-lain) dari tanah yang gersang dan tandus. 
  • Dajjal memancung seseorang hingga terpisah badannya sejauh mata memandang dan mencantumkan semula serta hidup seperti biasa (gergaji sehingga terbelah dua). 
  • Dajjal akan keluar antara Syria dan Iraq. Dajal akan turun di Sabaqa (kawasan bergaram). 
  • Madinah mempunyai tujuh pintu pada zaman Dajjal. Dajjal gagal masuk ke Madinah kerana pintu-pintu tersebut dijaga oleh malaikat. 
  • Barangsiapa yang melihat Dajjal; maka hendaklah mereka membaca Surah Al-Kahf, ayat 1 -10.


No comments:

Post a Comment