Monday, 3 February 2014

IKTIBAR UNTUK MUKMIN – Rentetan Peristiwa Akhir Zaman. (1)

RENTETAN PERISTIWA AKHIR ZAMAN.

  •         MUNCULNYA IMAM MAHDI DAN DIBAI’AH OLEH UMAT ISLAM DI MASJIDIL HARAM.
Sebelum kemunculannya,beliau tidak mengetahui dirinya Imam Mahdi. Dia akan mengalami transformasi diri dalam satu malam.

Berlaku siri peperangan antara tentera Imam Mahdi dengan puak Sufiyani dan lain-lain.

  •         MUNCUL DAJJAL YANG AKAN MENJARAH DI MERATA PELOSOK MUKA BUMI KECUALI MEKAH DAN MADINAH.


Tentera Imam Mahdi terkepung oleh gerombolan tentera Dajjal yang terdiri daripada 70,000 orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain. Bangkit seorang lelaki dan memberikan semangat kepada tentera Islam supaya memerangi Dajjal.
Pada hari-hari terakhir penjarahannya, Dajjal kehilangan kesaktiannya selepas membunuh seorang lelaki mukmin (Nabi Khidir).

  •         TURUNNYA NABI ISA A.S.YANG MENJADI MAKMUM SOLAT DI BELAKANG IMAM MAHDI. BAGINDA MENGIKUT SYARIAT NABI MUHAMMAD SAW.


Nabi Isa a.s. berhadapan dengan Dajjal dan membunuhnya.
Nabi Isa a.s. membunuh orang-orang Yahudi pengikut Dajjal, mematahkan salib dan membunuh khinzir.

  •         MUNCULNYA YAKJUD DAN MAKJUD MEMBUAT KEROSAKAN.


Nabi Isa a.s. bersama umat Islam terkepung di Bukit Thursina (sempadan Mesir-Palestin). Turunnya wabak yang membunuh Yakjud Makjud berkat doa Nabi Isa a.s. Munculnya burung-burung yang mengangkat mayat-mayat Yakjud Makjud ke tempat yang tidak diketahui. Turunnya hujan yang membersihkan bumi.

  •         DUNIA KEMBALI AMAN DI BAWAH PEMERINTAHAN IMAM MAHDI DAN NABI ISA A.S.


Wafatnya Imam Mahdi.

  •         BERLANSUNGNYA PEMERINTAHAN NABI ISA A.S.


Wafatnya Nabi Isa a.s. di Madinah dan dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW. Dunia diperintah sementara oleh Khalifah bergelar Al-Muq’ad daripada Bani Tamim.

  •         MATAHARI AKAN TERBIT DARI TEMPAT TENGGELAMNYA (BARAT) DAN TERTUTUPNYA PINTU TAUBAT.



  •         MUNCUL BINATANG GANJIL DI MAKKAH PADA PAGI HARI YANG SAMA.



  •         AL QURAN DIANGKAT PADA SATU MALAM.



  •         KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN IAITU KETIKA TIADA LAGI ORANG YANG TAWAF.



  •         ASAP TEBAL MEMENUHI SELURUH PERMUKAAN BUMI SELAMA 40 HARI.



  •         BERTIUP ANGIN LEMBUT DARI NEGERI YAMAN YANG AKAN MEMATIKAN SELURUH ORANG BERIMAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH IMANNYA.



Bumi hanya dihuni oleh orang yang tidak mengenal Allah SWT yang akan hidup seperti binatang yang tiada rasa malu. Tiada orang menyebut nama Allah SWT lagi.


  •         BERLAKU GEMPA BUMI DI TIMUR, DI BARAT DAN DI SEMENANJUNG ARAB YANG MENENGGELAMKAN RAMAI MANUSIA KE PERUT BUMI.



  •         TIUPAN SANGKAKALA PERTAMA (NAFKHATUL FAZA’), DIIKUTI DENGAN KELUARNYA API BESAR DARI ARAH YAMAN YANG AKAN MENGHALAU MANUSIA MENUJU TEMPAT KEBINASAAN MEREKA.



  •         TIUPAN SANGKAKALA KEDUA (NAFKHATUL SHA’Q), YANG MENANDAKAN BERLAKUNYA KIAMAT DAN SELURUH MAKHLUK BERNYAWA AKAN MATI TERMASUK MALAIKAT ISRAFIL.



Kecuali perkara-perkara yang Allah SWT kehendaki tidak binasa iaitu Arasy, Khursy, Luh Mahfudz, Qalam, Syurga, Neraka dan isi kedua-duanya, kanak-kanak pelayan Syurga, roh-roh, jasad para nabi-nabi, jasad Syuhada dan Sulbi manusia.

Langit akan terbelah, bumi akan bergoncang kuat, gunung-ganang berterbangan, matahari digulung dan bintang-bintang jatuh berserakkan.


APA BERLAKU SELEPAS KIAMAT?

  •         MALAIKAT ISRAFIL DIHIDUPKAN SEMULA SELEPAS 40 TAHUN BERLAKUNYA KIAMAT



  •         DENGAN SANGKAKALA KETIGA (NAFKHATUL BA’ST), ALLAH SWT MENGHIDUPKAN SEMULA SEMUA MANUSIA DANJIN DI BUMI PUTIH PADANG MAHSYAR.



  •         MUNCUL API BESAR MENGHALAU MANUSIA DAN JIN KE TEMPAT PERHIMPUNAN.



  •         PERHIMPUNAN DAN PERBICARAAN SELURUH MANUSIA DI PADANG MAHSYAR.




Rujukan: Himpunan 40 Hadith Akhir Zaman.

Wa Ma taufiqi, illa Billah,
Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment