Tuesday 4 February 2014

NOTA RINGKAS - Imam Malik (Mazhab Maliki) dan Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)

NOTA RINGKAS

                      * Imam Malik atau nama sebenarnya Malik Bin Anas; menurut riwayat yang masyur, lahir di Madinah pada 93 Hijrah bersamaan 713 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Ada yang mengatakan beliau berguru dengan 900 orang guru. Beliau ialah pengasas Mazhab Maliki.

                       * Imam Malik dikatakan sangat menghormati hadith Rasulullah SAW dan diri Baginda walaupun Nabi SAW telah wafat. Sehubungan dengan hal ini, beliau dikatakan tidak pernah menaikki sebarang jenis kenderaan di Madinah, sebagai lambang menghormati jasad Nabi SAW yang bersemadi di makam Baginda.

                       * Imam Malik mengumpul dan menapis hadith yang diterima daripada guru-gurunya selama 40 tahun. Daripada 100,000 hadith, 10,000 dikatakan sahih dan hanya 5,000 diakui sahih oleh beliau sendiri. Beliau meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun.  Beliau meninggalkan tiga putera dan seorang puteri. Kitab beliau yang masyur ialah 'Al Muwatta'.

                       * Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nukman Bin Thabir adalah pengasas Mazhab Hanafi dan imam yang paling tua di kalangan imam mazhab empat. Beliau juga dikenali sebagai Imam Al A'dzam (Imam Agung). Dilahirkan di kalangan keluarga ahli perniagaan pada tahun 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi di Anbar, Kufah, Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Umaiyah, Abdul Malik Bin Marwan. Lahirnya setelah 67 tahun kewafatan Rasulullah SAW. Beliau keturunan Parsi.

                       * Ada laporan mengatakan beliau membaca Al Quran sebanyak 7,000 kali di tempat beliau meninggal dunia. Anak beliau bernama Hammad pernah berkata: "Mereka mengira jumlah tahun bagaimana Imam Abu Hanifah solat Subuh dengan menggunakan wudhu Isyak". Hal ini diakui Muhammad Bin Al-Hasan. (Al Shaybani)

                      * Murid beliau, Mis'ar Bin Qidam pernah berkata: "Aku lihat beliau solat Subuh, kemudian mengajar hingga Zuhur dan kemudian ke Asar seterusnya hingga maghrib dan selanjutnya hingga Isyak. Aku bertanya pada diriku, bila beliau selesai ibadat?"

No comments:

Post a Comment