Wednesday, 9 July 2014

INFORMASI - PERISTIWA MENGIRINGI KELAHIRAN RASULULLAH SAW.

BEBERAPA PERISTIWA MENGIRINGI KELAHIRAN RASULULLAH SAW.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan anugerah besar. 40 tahun kemudian, Baginda diutus menjadi Rasulullah yang bukan hanya menyelamatkan Semenanjung Arab dari kejahiliyahan, tetapi juga menerangi seluruh dunia dengan Dinul Islam.

Tanda-tanda bahawa beliau adalah pilihan Allah SWT telah kelihatan sejak Baginda SAW lahir. Sekurang-kurangnya, ada 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Baginda Rasulullah SAW:

1 . Kemusnahan Pasukan Bergajah:
Tahun kelahiran Rasulullah SAW dikenali sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari menjelang Baginda dilahirkan berlaku persitiwa ajaib. Kaabah diselamatkan Allah SWT dari serbuan pasukan gajah.

Abrahah Ash Shabbah Al Habsi Gabenor Yaman telah membina gereja sangat besar di Shan'a. Dia berharap orang-orang Arab yang biasa mengerjakan haji ke Makkah akan mengalihkan perhatiannya ke sana. Tetapi gereja itu tidak mengusik daya tarikan masyarakat arab terhadap Kaabah .

Abrahah bertambah marah ketika ada seseorang dari Bani Kinanah yang melumuri pusat kiblat gereja dengan najis. Dia kemudian menghimpunkan enam puluh ribu pasukan. Sebagai kenderaan, dia memilih gajah yang paling besar. Sebahagian pasukannya menunggang gajah sehingga dikenali sebagai pasukan bergajah.

Setibanya di Wadi Muhasshir antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajahnya menderum. Tidak mahu bangun bergerak ke arah Kaabah. Jika diarahkan ke arah lain, gajah itu mahu bergerak. Tetapi jika diarahkan semula ke Kaabah gajah itu menderum lagi.

Dalam keadaan demikian, Allah SWT menghantar burung-burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas menghancurkan mereka. Maka, selamatlah kaabah dan tahun itu disebut sebagai tahun gajah.

2 . Keluarnya Cahaya saat Rasulullah SAW Dilahirkan:
Seluruh ulama sepakat bahawa Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin bulan Rabiul Awal tahun Gajah. Namun mengenai tarikh berapa ada perbezaan pendapat.

Majoriti ulama berpendapat tarikh 12 Rabi'ul Awal. Sedangkan sebahagian ulama termasuk Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury berpendapat tarikh 9 Rabiul Awal.

Pada hari kelahiran Rasulullah SAW berlaku pelbagai peristiwa ajaib. Di antaranya adalah keluarnya cahaya dari jalan kelahiran Rasulullah SAW hingga menyinari istana-istana di Syam.

"Setelah bayiku keluar, aku melihat ada cahaya yang keluar dari rahimku, menyinari istana-istana di Syam", kata ibunda Rasulullah SAW, Aminah seperti diriwayatkan Ibnu Saad dan dinukil Syeikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury.

Menurut penulis Sirah Nabawiyah Rahiqul Makhtum ini, Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Al Arbadh bin Sariyah yang isinya sama dengan perkataan tersebut.

3 . Kejatuhan 10 Balkoni Istana Kisra.

4 . Padamnya Api yang Biasa Disembah Orang-orang Majusi.

5 . Runtuhnya beberapa Gereja di Sekitar Buhairah.

Peristiwa ke 3 hingga ke 5 ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi. "Sekalipun tidak diiktiraf oleh Muhammad Al Ghazali" kata Al Mubarakfury. Muhammad Al Ghazali adalah ulama Mesir penulis kitab Fiqhus Sirah.

Rujukkan:
1 . Sirah Nabawiyah Rahiqul Makhtum karya Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury
2 . Sejarah Penuh Rasulullah SAW karya Syaikh Muhammad Ali Ash Shalabi

Wallahu taala a’lam

PENAWAR MUKMIN - 15 ANUGERAH ALLAH SWT YANG HANYA ADA PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

15 ANUGERAH ALLAH SWT YANG HANYA ADA PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

1.    Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda SAW bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka, “Tidak” Sabda Baginda SAW “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki”.

2.    Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3.    Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah SWT akan berkatkan rezekinya.

4.    Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

5.    “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah SWT akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.

6.    “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah SWT akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.

7.    “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah SWT telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat”.

8.    “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah SWT akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian”.

9.    “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah SWT akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya”.

10.   Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah SWT akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah SWT baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah SWT baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim”.

11.  Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12.  Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah SWT dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yaqut.

13.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT di akhirat, tetapi Allah SWT akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14.  Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15.  Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadith: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - KETUA BIDADARI SYURGA IALAH AINUL MARDHIAH.

KETUA BIDADARI SYURGA IALAH AINUL MARDHIAH.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah SWT kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah SWT dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar Nabi Muhammad SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah SAW bersabda:

    “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya”.(Hadith Riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)

    Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
    (Surah Ar-Rahman)

    Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
    (Surah Ar-Rahman)

    (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
    (Surah Ar-Rahman)

    Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni  syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
    (Surah Ar-Rahman)

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah SWT tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi SAW,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah SWT. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi SAW beritahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab “ehh tidakk”saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana”.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab”eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana”, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,”akulah Ainul Mardhiah”,” aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku”,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,”nanti kamu belum syahid lagi”,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi SAW di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada Nabi SAW,Nabi SAW menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah SAW.

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - HIJAU DAN PUTIH WARNA KEGEMARAN RASULULLAH SAW.

HIJAU DAN PUTIH WARNA KEGEMARAN RASULULLAH SAW.

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah atau Islam beridentiti dengan warna hijau. Sebenarnya apakah warna kegemaran Rasulullah SAW?.

Annas bin Malik r.a. mengatakan, "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau". 

Namun selain itu Rasulullah SAW juga menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati,kelabu dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya 'Ulumiddin berkata: "Yang amat disukai oleh Nabi SAW ialah warna putih".

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Ada pun warna hijau adalah afdhal daripada warna yang lain, sesudah putih".

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi SAW memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya".

Al Baihaqi meriwayatkan hadis daripada Jabir ra katanya: "Pernah Rasulullah SAW berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata: "Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu".

Imam Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas r.a., beliau pernah melihat: "Nabi SAW menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya".

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - HUKUM SOLAT MEMAKAI KASUT.

HUKUM SOLAT MEMAKAI KASUT.

Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh Al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh Az-Zahabi, daripada Anas bin Malik r.a., berkata:

“Nabi SAW tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu ketika itu orang ramai pun turut menanggalkannya.

Nabi SAW bertanya: “Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?”.

Mereka menjawab: “Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan”.

Nabi SAW bersabda: “Jibril a.s. telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran”.

Dalam riwayat Ibn Khuzaimah ditambah: “Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya”

Ertinya, bukan satu masalah yang besar, bahkan diizinkan solat memakai kasut jika bersih. Namun ia dijadikan isu kerana ada kepentingan politik.

Betapa ramai yang pergi konsert yang pelbagai dalam negara ini yang entah bila mereka bersolat pun tiada siapa yang tahu.

Tidak pernah pula menjadi isu pun bagai ‘agamawan politik’ ini, tiba-tiba yang bersolat berkasut pula menjadi isu.


Wallahu taala a’lam

Tuesday, 8 July 2014

INFORMASI - 43 PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI.

43 PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI.

Perlu di ingatkan bahawa tidak semua pernyataan ini  dinyatakan dalam Al-quran atau hadith Rasulullah SAW tetapi merupakan kajian ulamak terdahulu.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. 

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.(malaikat rahmat tak suka kepada tempat kotor)
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.(yang ni saya tak faham apa maknanya)
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.(makruh)
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.(Rasulullah makan kurma guna 3 jari)
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.(kalau antara isteri-isteri bagaimana pula?)
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.(yang ni pun x faham,mcmana nak rukuk dalam solat?)
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - 10 KHASIAT BUAH KURMA.

10 KHASIAT BUAH KURMA.

1. Buah kurma dapat mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis. Amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Berdasarkan kajian kaum Arab Badwi yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar penghidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan: “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran. Maksud hadith Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
6. Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW. Lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.
7. Buah kurma makanan yang paling sempurna. Maksud sabda Rasulullah SAW: “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau Khalal.
10. Buah kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus. Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - BEKAM.

BEKAM.

Berbekam telah digunakan/diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Ketika Baginda SAW mahu mengeluarkan racun dari dalam badan sahabatnya Bisyr bin Al-Barra ' yang telah memakan daging kambing panggang beracun pemberian Zainab binti Al-Harris. Pada ketika itu racun tersebut telah meresap ke dalam darah sahabatnya. Hanya ada satu cara untuk mengeluarkan racun itu iaitu dengan berbekam. 

Antara kelebihan berbekam ialah:

·         Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem  perkumuhan 
·         Membantu memecahkan lemak , peluh dan melegakan demam.
·         Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. 
·         Membantu mencegah kebas kaki  dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
·         Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
·         Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
·         Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
·         Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat , sembelit, tekanan, dan buah pinggang.

Wallahu taala a’lam

INFORMASI - PERKARA YANG TERJADI PADA KITA SETELAH DIKUBURKAN.

PERKARA YANG TERJADI PADA KITA SETELAH DIKUBURKAN.

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bahagian perut dan kemaluan. Perut dan kemaluan adalah 2 hal terpenting yang anak cucu Adam saling berguna dan menjaganya di dunia.
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman.
Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki 1 warna sahaja.

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati dan paru-paru  akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada dan yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan didalam biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yang sangat kecil yang dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.


Wallahu taala a’lam