Monday 7 July 2014

SEJARAH - 30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman a.s.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail a.s.
  3. Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim a.s.
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat: Nabi Ibrahim a.s.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah SWT pada hari kiamat: Nabi Adam a.s.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Saidatina Hajar  (Ibu Nabi Ismail a.s)
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat: Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar As Siddiq r.a.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab r.a.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali r.a.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah r.a.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki: Al-Harith bin Abi  Halah r.a.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat r.ha.
14. Orang yang pertama menulis hadith di dalam kitab/lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas r.a.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah r.a.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib r.a.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary r.a.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam r.a.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan r.a.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah binti Khuwailid r.ha.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh: Imam Syafie.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib r.a.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam: Muawayah bin Abi Sufyan r.a.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam: Harun Ar-Rasyid .
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab r.a.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib r.a.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Makkah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry: Mus'ab bin Umair r.a.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga: Nabi Muhammad SAW.

Wallahu taala a’lam

No comments:

Post a Comment