Monday, 7 July 2014

INFORMASI - KELEBIHAN HARI JUMAAT.

6 KELEBIHAN HARI JUMAAT.

1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah SWT melainkan akan dikabulkan permintaannya”.

2. Nabi Adam a.s. diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga”.

3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. 
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur”. Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah SWT memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau kuku sudah mula panjang maka potonglah. Ibnu Masud berkata: “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya itu.

Ramai ulama yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan”. Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa Al-Asy’ari r.a. berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Nabi SAW sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah SWT akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Wallahu taala a'lam

No comments:

Post a Comment