KETUA BIDADARI SYURGA IALAH AINUL MARDHIAH.
Bidadari merupakan
salah satu anugerah Allah SWT kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi
seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan
bidadari-bidadari kurniaan Allah SWT dan dia (isteri solehah merupakan ketua
kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah
untuk agama Allah SWT merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah
SWT dan ini merupakan sunnah besar Nabi Muhammad SAW dan kalangan
sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka
akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah SAW
bersabda:
“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat
perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang
telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah
dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya”.(Hadith Riwayat
Tirmizi)
Ainul Mardhiah
(bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
(Surah Ar-Rahman)
Di
dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(Surah Ar-Rahman)
(Bidadari-bidadari)
yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
(Surah Ar-Rahman)
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak
pula oleh jin.
(Surah Ar-Rahman)
‘Ainul Mardhiah
merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari
yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika Nabi SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT) katanya siapa-siapa yang keluar di
jalan Allah SWT tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang
bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita
itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak
bertanyakan kepada Nabi SAW,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap
memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah SWT. Sebelum
Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang
muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur
bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam
tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah,
dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka
yang berseri-seri,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada
suara yang menjawab,inilah syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi SAW beritahu tadi),lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau
mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang
sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini
bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab “ehh tidakk”saya
penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana”.
Lalu dia berjalan
dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi
wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di
lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi
salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab”eh
tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas
mahligai sana”, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai
dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah
di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,”akulah Ainul Mardhiah”,” aku
diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku”,bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab,”nanti kamu belum syahid lagi”,tersentak
daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di
ceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda
itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi SAW di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw
dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang
syahid tadi,dalam menceritakan kepada Nabi SAW,Nabi SAW menjawab
benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang
benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga.
Ainul Mardhiah
adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa
takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah SAW.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment