QARUN
KISAH SEBELUM KAYA
Kisah Qarun dalam Al-Quran
banyak disebutkan dalam surah Al-Qashash.
"Sesungguhnya
Qarun adalah termasuk kaum Musa a.s., maka dia berlaku aniaya terhadap mereka
dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya
sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika
kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya
Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang terlalu membanggakan diri”.(Al-Qashash:
76)
Dari ayat tersebut
jelas bahawa Qarun merupakan salah satu kaum Nabi Musa a.s. Menurut Ibnu Ishak,
Qarun adalah bapa saudaranya Nabi Musa a.s. Sementara menurut A'masy dan
lainnya dan pendapat ini pendapat masyhur, Qarun adalah sepupu Nabi Musa a.s.
Ayah Nabi Musa a.s. yang bernama Imran adalah kakak dari ayah Qarun yang
bernama Yashhar. Baik Nabi Musa a.s. mahupun Qarun adalah keturunan Nabi Ya'kub
a.s. kerana kedua-duanya merupakan cucu dari Laway dan Laway adalah putera Nabi
Ya'kub a.s., saudara Nabi Yusuf a.s. tetapi
hanya berbeza ibu. Qarun merupakan keturunan Bani Israil. Semasa hidupnya, dia
banyak meminta dan hidup dari keringat Bani Israil. Kerana itu, tidak hairan
apabila sebahagian besar Bani Israil sendiri membencinya .
Awal kehidupan
Qarun amat begitu miskin dan mempunyai ramai anak. Namun dia berhati mulia lagi
dermawan terhadap golongan faqir miskin. Malah ramai dikalangan faqir miskin
yang berdoa “Wahai Tuhan kami…biarlah Qarun jadi kaya-raya walaupun kami
miskin…mudah-mudahan dia dapat memberi sumbangan derma kepada kami yang miskin
ini”. Doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun hingga menyebabkan dia sendiri
merasakan dirinya lebih berhak menjadi kaya demi untuk menyumbang derma kepada
orang lain.
Qarun adalah seorang yang sangat soleh, baik, sentiasa mengikuti perintah Nabi Musa a.s. semasa dia hidup dalam kemiskinan. Suatu hari dia datang menghadap Nabi Musa, meminta Nabi Musa a.s. agar dia didoakan menjadi orang kaya, kuat beribadah dan boleh membantu saudara- saudaranya Bani Israil. Nabi Musa a.s.lalu mendoakannya dan dengan izin Allah SWT, Qarun menjadi sangat kaya raya. Dia bukan hanya berjaya dalam penternakan, akan tetapi juga diangkat menjadi salah seorang menteri oleh Ramses II yang hidup pada masa itu.
Qarun adalah seorang yang sangat soleh, baik, sentiasa mengikuti perintah Nabi Musa a.s. semasa dia hidup dalam kemiskinan. Suatu hari dia datang menghadap Nabi Musa, meminta Nabi Musa a.s. agar dia didoakan menjadi orang kaya, kuat beribadah dan boleh membantu saudara- saudaranya Bani Israil. Nabi Musa a.s.lalu mendoakannya dan dengan izin Allah SWT, Qarun menjadi sangat kaya raya. Dia bukan hanya berjaya dalam penternakan, akan tetapi juga diangkat menjadi salah seorang menteri oleh Ramses II yang hidup pada masa itu.
Cita-citanya untuk
menjadi orang kaya kini sudah tercapai. Namun sayang, kekayaannya telah
menjadikannya lupa dan derhaka. Niat awal agar lebih khusyuk ibadah dan
membantu sesama manusia tidak pernah dia lakukannya.
GAMBAR HIASAN |
Menurut beberapa
riwayat, lokasi tempat ditenggelamkn Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi itu terjadi
di daerah al-Fayyum, sekitar 90km @ 2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta
dari Kaherah ibu kota Mesir.
Menurut penduduk
Mesir, di Al- Fayyum inilah tempat dimana Qarun tinggal dahulu.
Menurut penduduk
setempat, nama danau itu ialah Bahirah Qarun (laut Qarun).
Disekitar Al-Fayyum
ini yang tersisa hanyalah berupa serpihan istana Qarun.
Di lokasi ini, terdapat
sebuah danau yang sangat luas. Panjang danau mencecah 30 km dengan lebar danau sekitar 10 km dan
kedalaman yang mencecah 30-40 meter.
Danau ini sudah
wujud sejak dahulu lagi sebelum Qarun ada lagi. Danau tersebut dahulunya merupakan sebuah danau kecil yang disebut
dengan Munkhafaz Al-Lahun.
Setelah melalui
pengkajian yang komprehensif, menurut para peneliti dari Eropah berkesimpulan bahawa
pada zaman dahulu kala, memang benar di lokasi itu pernah terjadi bencana
berupa gempa bumi yang sangat besar, terutama di bahagian sebelah selatan danau
Qarun.
BAHIRAH QARUN |
Kini danau Qarun kelihatan
tenang, meskipun di sebaliknya tersimpan sebuah pengajaran yang sangat bermakna bagi manusia iaitu kesombongan boleh membinasakan
diri sebagaimana yang tejadi pada Qarun.
Firman Allah dalam
surah Al- Qasas ayat 81:
“Lalu Kami
timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia
mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah SWT dan ia
pula tidak dapat menolong dirinya sendiri”.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment