Tuesday, 8 July 2014

PEDOMAN MUKMIN - 70 DOSA BESAR.

70 PERBUATAN DOSA BESAR.

Al-Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan 70 jenis perbuatan dosa besar:

01.  Belajar ilmu dan menyembunyikan pengetahuannya.
02.  Bersaksi palsu.
03.  Berjudi.
04.  Bersumpah palsu dan bohong.
05.  Berbohong.
06.  Bergambar di baju (bila sembahyang).
07.  Perempuan pelacur.
08.  Berbuat buruk terhadap yang lemah.
09.  Berdebat dan memusuhi.
10.  Bersifat dayus.

11.  Bercakap kasar dengan orang tua.
12.  Dusta nama Allah SWT dan rasulnya.
13.  Derhaka pada suami.
14.  Derhaka pada hamba Allah SWT, anggap baik dirinya.
15.  Hakim derhaka.
16.  Homosex (seagama/sejenis).
17.  Mengurangi timbangan.
18.  Lari seorang hamba dari tuannya.
19.  Lelaki menyerupai wanita.
20.  Lari dari medan perang di jalan Allah SWT.

21.  Membunuh manusia.
22.  Membunuh diri sendiri.
23.  Mengamalkan sihir.
24.  Meninggalkan sembahyang lima waktu.
25.  Meninggalkan sembahyang Jumaat.
26.  Menderhaka kepada kedua ibu bapa.
27.  Memutuskan hubungan silaturrahim.
28.  Melakukan zina.
29.  Makan harta anak yatim secara tidak betul.
30.  Makan dari kekayaan haram.

31.  Memberi dan menerima rasuah.
32.  Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong.
33.  Makan riba.
34.  Minum arak.
35.  Mencuri.
36.  Merompak.
37.  Melakukan kezaliman.
38.  Melakukan pengkhianatan.
39.  Menyebut-nyebut pemberian.
40.  Memungkiri janji.

41.  Memfitnah.
42.  Mengutuk orang islam.
43.  Merasa aman dari kemurkaan Allah SWT.
44.  Menipu harta rampasan.
45.  Melampaui batas.
46.  Menuduh zina terhadap orang baik.
47.  Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) dan tidak menutup aurat bagi wanita.
48.  Mempercayai nujum dan sihir.
49.  Menjadi bapa sanggup.
50.  Mencari kesalahan orang lain.

51.  Menganggu orang lain.
52.  Menganggu tetangga.
53.  Menyakiti dan memaki orang islam.
54.  Mengintip dan membuka rahsia orang.
55.  Mencaci sahabat Nabi SAW.
56.  Mengurangi wasiat.
57.  Mengingkari atau melawan takdir.
58.  Putus asa dari rahmat Allah SWT.
59.  Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat.
60.  Riak dan mempamerkan diri.

61.  Syirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.
62.  Sombong serta angkuh.
63.  Sembelih untuk selain Allah SWT.
64.  Tidak mengeluarkan zakat.
65.  Tidak berpuasa di bulan ramadhan.
66.  Tidak mengerjakan haji jikalau mampu.
67.  Tidak istinjak selepas kencing.
68.  Tidak mendengar cakap ibu bapa dan tidak mendengar cakap dan tidak taat suami bagi wanita.
69.  Tipu daya.
70.  Wanita menyerupai lelaki dan sebaliknya.


Wallahu taala a’lam

No comments:

Post a Comment