PESANAN IMAM HASAN AL BANNA.
2. Baca, telaah
dan dengarkan lah Al-Quran,
berzikirlah kepada Allah SWT dan janganlah engkau senang
mensia-siakan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa
arab yang fasih.
4. Jangan
memperbanyak debat dalam
percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerana hati
yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah SWT sifatnya aman dan
tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat
yang berjihad akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas
suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan menyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau
menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali
yang baik.
9. Berkenalanlah
dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling
kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan
utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu
untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kamu mempunyai keperluan maka
sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.
Wallahu taala
a’lam
No comments:
Post a Comment