1. Safarul Ghazab
Perjalanan
Ghazab atau perjalanan kerana murka, adalah perjalanan Musa a.s. ketika beliau
dihanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai, kerana takut kemurkaan Firaun.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, dan
apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke dalam sungai (Nil).
Dan janganlah kamu bimbang dan jangan pula bersedih hati, kerana sesungguhnya
Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang daripada
Rasul”.
(Al-Qashash:
7)
2. Safarul Harab
Safarul
Harab adalah perjalanan Nabi Musa ketika melarikan diri dari Mesir ke Madyan.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut
menunggu-nunggu dengan kebimbangan, dia berdoa: Ya Tuhanku, selamatkanlah aku
dari orang-orang yang zalim itu. Dan Tatkala ia menghadap kejurusan negeri
Madyan ia berdoa lagi: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar”.
(Al-Qashash:
21-22)
3. Safarul Thalab
Safarul
Thalab adalah perjalanan menuntut sesuatu. Merupakan perjalanan Nabi Musa
ketika pulang dari negeri Madyan dan beliau memerlukan api. Kemudia beliau
melihat cahaya api, maka dihampirinya.
Firman
Allah SWT berbunyi: “Maka Tatkala Musa telah menyelesaikan waktu yang
ditentukan dan dia berangkat dengan keluarganya, dilihatnya api di kaki gunung,
ia berkata kepada keluarganya: “Tunggulah di sini, sesungguhnya aku melihat
api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari tempat api itu
atau membawa sesuluh api, agar kamu dapat menghangatkan badan”.
(Al-Qashash:
29)
4. Safarus Sabab
Safarus
Sabab adalah perjalanan yang disebabkan sesuatu. Iaitu perjalanan Musa as.
keluar dari Mesir menuju Sungai Nil dikejar oleh Firaun berserta tenteranya.
Perjalanan itu jugalah yang menjadi sebab kebinasaan Firaaun.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang bersertanya
semuanya. Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain”.
(Asy-Syu’ara:
65-66)
5. Safarul ‘Ujub
Safarul
Ujub iaitu perjalanan ujub, yang merupakan perjalanan Musa a.s. bersama kaumnya
ketika tersesat di hutan belantara selama 40 tahun. Mereka diberi Allah SWT
makanan berupa ‘manna’ dan ‘salwa’ dan dikeluarkan oleh Allah air dari
batu-batu untuk minuman mereka.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan
kepadamu ‘manna’ dan ‘salwa.’ makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami
berikan kepadamu”.
(Al-Baqarah:
57)
Firman
Allah SWT lagi yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk
kaumnya, lalu Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah
mengetahui tempat minumnya masing-masing. Makan dan minumlah rezeki yang
diberikan oleh Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan
berbuat kerosakan.”
(Al-Baqarah:
60)
Diceritakan
bahawa kaum Nabi Musa a.s. yang ikut bersamanya di hutan belantara itu
berjumlah tujuh puluh ribu orang. Mereka semua terdiri daripada 12 kaum.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku atau kaum
yang masing-masing suku mempunyai jumlah yang ramai dan Kami wahyukan kepada
Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: “Pukullah batu itu dengan
tongkatmu!”. Maka memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sesungguhnya
tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di
atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka ‘manna dan salwa’. Kami berfirman:
“Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepadamu.” Mereka
tidak menganiaya Kami, tetapi merekalah yang selalu menganiaya diri mereka
sendiri.”
(Al-A’raaf:
160)
6. Safarul Adab
Safarul
Adab adalah perjalanan pendidikan, iaitu perjalanan Nabi Musa ke tepi sungai
untuk berjumpa dengan Khidir a.s.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku
tidak akan berhenti berjalan sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan, atau
aku akan berjalan sampai bertahun-tahun. Maka Tatkala mereka sampai ke
pertemuan dua buah laut itu, mereka lupa akan ikannya, lalu ikan itu melompat
mengambil jalannya ke laut itu. Maka Tatkala mereka berjalan lebih jauh,
berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah kemari makanan itu, sesungguhnya kita
telah merasa letih kerana perjalanan kita ini. Muridnya menjawab: Tahukah kamu
tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa
menceritakan tentang ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk
menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan
cara yang aneh sekali. Musa berkata: “Itulah tempat yang kita cari. Lalu
keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu
dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khaidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya
kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah
diajarkan kepadamu.”
(Al-Kahfi:
60-66)
7. Safarut Tharbi
Safarut
Tharbi adalah perjalanan suka cita, iaitu perjalanan Nabi Musa ke Bukit
Thursina untuk bermunajat kepada Allah SWT.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan Tatkala Musa datang untuk munajat dengan Kami pada waktu
yang telah Kami tentukan…”
(Al-A’raaf:
143)
Nabi
Musa a.s. pergi ke Gunung Thursina
Nabi
Musa a.s. pergi ke Gunung Thursina pada hari Isnin. Sesuai dengan firman Allah
yang dijelaskan dalam Al-Quran:
“Dan
Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami
tentukan dan Tuhan telah berfirman langsung kepadanya, berkatalah Musa: “Ya
Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada-Mu.”
Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah
ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya, nescaya kamu dapat melihat-Ku.”
Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu
hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka Setelah Musa sedar kembali, dia
berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang
pertama-tama beriman.”
(Al-A’raaf:
143)
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment