DOSA YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH SWT WALAUPUN DENGAN TAUBAT.
1.
Makan harta anak yatim secara haram.
Untuk
menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali
harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika
anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada
Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka
dosanya tidak terhapus.
2.
Menuduh wanita solehah berzina.
Orang
yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika
wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah
penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya
maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.
3.
Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka
yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki
Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad
sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk memaafkan
kesalahan tersebut.
4.
Melakukan sihir.
Mereka
belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT,
memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali
kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan
hukuman yang sewajarnya.
5.
Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa
syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan
dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh
bertaubat kecuali dengan mengucap kembali
Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud
barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah
menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.
6.
Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Mereka
yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk
mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka
yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan
Negara Islam Madinah).
(Kitab
Tanbighul Ghafilin)
Wallahu taala a'lam
No comments:
Post a Comment