RAWATAN
ISLAM – Jerawat.
Menyembuhkan
jerawat menurut Nabi Muhammad SAW.
Di
jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan. Selalunya ia menempek pada
muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh
pada jari? Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu
masalahnya. Orang ini bukannya seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal
perubatan. Tapi orang ini bukan sebarangan orang. Dia adalah Baginda
Rasulullah SAW.
Rasulullah
SAW bertanya kepada pesakit itu:
“Engkau ada minyak Zarirah?”
Pesakit
itu menjawab. “Ada.”
Baginda SAW
bersabda: “Bubuhkan ia pada
jerawatmu itu, kemudian bacalah doa:
“Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi”
Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan
membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.
Pengalaman
Ibnu As Sunni yang meriwayatkannya dari sebahagian isteri Nabi SAW bahawasanya,
kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu oleh Rasulullah SAW lebih dari
1400 tahun dahulu.
Minyak Zarirah
diambil dari pokok Swertia
chirayita. Dikenali sebagai Qasabuz-Zarirah di kalangan masyarakat
Arab.Ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Himalaya. Tumbuhan ini
bersifat pahit, anti-keradangan dan digunakan secara meluas di dalam
perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetis dan penyakit kulit.
Minyak Zarirah
adalah salah satu daripada banyak kaedah untuk merawat jerawat. Ianya
semulajadi dan tiada bahan kimia.
Mungkin
agak sukar untuk mendapatkan minyak Zarirah di sini, tetapi anda boleh mengambil
beberapa langkah mudah untuk mengurangkan kesan jerawat.
Alhamdulillah,
jerawat yang ada pada jari Ibnu As-Sunni sudah reda. Ini semua berkat dari doa
yang diajarkan oleh Nabi SAW lalu ia disampaikan kepada semua orang hinggalah
sampai kepada kita.
Terpulang
kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, lnshaAllah
apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
Sumber:
Ditakhrij oleh al-Hakim dan beliau berkata:”Sanadnya sahih namun tidak
dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dan diakui oleh Az-Zahabi”.
Wallahu Taala a’lam
No comments:
Post a Comment