3 AHLI SOLAT MASUK NERAKA.
1. Lalai :
Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih
mengingati hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat
kekhusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba
berusaha untuk mendapat khusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan
tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. Imam Al Ghazali menyatakan bahawa
orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan
solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat
pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat
bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji
dan mungkar.
2. Riak:
Orang yang solat bukan kerana Allah SWT tetapi
kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa
senang tetapi bila dia keseorangan dia merasa malas.
3. Bakhil:
Orang yang solat tetapi
dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya
sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang memerlukan.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment