HIDUP
SIHAT CARA RASULULLAH SAW.
“Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia
banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab; 33 : 21)
Segala sesuatu yang dicontohkan atau disuruh oleh Rasulullah SAW pasti
mempunyai manfaat dan kebaikan yang banyak. Kerana sesuai dengan kedudukan
beliau sebagai Uswatun hasanah, tidaklah beliau berbuat atau berbicara
melainkan atas petunjuk dan bimbingan Allah SWT, bukan kerana nafsu ataupun
keinginannya sendiri.
Salah
suatu kebiasaan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW yang mudah-mudahan tidak
sulit untuk kita amalkan adalah:
TIDUR MIRING KE KANAN.
Posisi
tidur Nabi SAW adalah miring kesebelah kanan, kemudian beliau berbalik bertumpu
sedikit pada sisi kiri agar proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya
perut di atas hati. Kemudian beliau kembali tidur bertumpu pada sisi kanan
lagi, agar makanan segera larut dari perut. Jadi posisi permulaan dan posisi
terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, ada
3 manfaat lain yang dapat diambil dari posisi tidur miring kesebelah kanan.
Ibnu
Qayyim berkata: “Barangsiapa yang memperhatikan pola tidur dan bangun beliau,
nescaya mengetahui bahwa tidur beliau tersebut paling bermanfaat untuk badan,
organ, dan kekuatan”.
BANGUN SEPERTIGA MALAM.
Para pakar
kesihatan menyatakan bahawa udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan
oksigen dan belum dikotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat
untuk metabolisma tubuh. Hal ini jelas
sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama
seharian penuh.
Contohi
Rasulullah SAW yang setiap subuh selalu mendapat tiupan udara segar. Beliau
bangun sebelum subuh dan melaksanakan Qiyamul lail. Biasanya orang yang
memulakan kehidupan di pagi hari dengan bangun subuh, akan menjalani hari
dengan penuh semangat dan optimis. Berbeza dengan orang yang tidak bangun di
waktu subuh, biasanya lebih mudah diserang rasa malas untuk beraktiviti.
GOSOK GIGI DENGAN SIWAK.
Untuk
menjaga kesihatan mulut dan giginya pada pagi hari, Rasulullah SAW biasa
memakai siwak. Siwak mengandungi perasa yang sangat bermanfaat dalam menjaga
kesihatan gigi dan gusi. Mulut dan gigi merupakan organ tubuh yang sangat
berperanan dalam pengambilan makanan. Apabila mulut dan gigi sakit, maka
biasanya proses pengambilan makanan menjadi terganggu.
MENU MAKANAN NABI SAW.
“Masyarakat
Barat yang tidak mengamati dan tidak mencontohi adab makan yang diajarkan
Islam, akhirnya menderita banyak penyakit. Mereka yang mematuhi kebiasaan makan
menurut Islam akan sihat, dan mereka yang meniru cara makan Barat yang buruk
akan sakit. Kebiasaan sihat dalam adab makan Islam seharusnya ditiru oleh
masyarakat Barat” (Profesor Hans-Heinrich Reckeweg, M.D., ahli toksikologi,
Biological Therapy Vol.1 No.2, 1983)
“Sumber dari segala ubat adalah menjaga makanan” (Hadith Sahih)
“Sepertiga
perut untuk makanan, sepertiganya lagi untuk minuman, dan sepertiga bakinya
untuk udara”. Kita mungkin sudah akrab dengan diet anjuran Rasulullah SAW yang
satu ini. Boleh jadi kita lakukan, atau kita abaikan. Namun sudah tahukah kita,
kalau berbagai penelitian masa kini menemukan bahwa diet tersebut dapat
memperpanjang umur seseorang?.
Memulakan Pagi dengan Minuman Madu.
Rasulullah
SAW membuka menu sarapannya dengan air sejuk yang dicampur dengan madu. Dalam
Al Quran, madu merupakan syifaa (ubat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh,
menunjukkan erti umum dan menyeluruh. Pada dasarnya madu boleh menjadi ubat
atas berbagai penyakit. Madu berfungsi untuk membersihkan perut, mengaktifkan
usus-usus, dan menyembuhkan sembelit, luka terbakar, dan peradangan.
Pengambilan Kurma.
Tujuh
butir kurma ajwa (matang) menjadi kebiasaan Rasulullah SAW menjelang siang.
Beliau pernah bersabda, “Barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan
terlindungi dari racun.” Hal ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh
racun dalam makanan Rasulullah SAW pada sebuah percubaan membunuh Baginda SAW di
perang Khaibar, racun yang tertelan oleh Baginda SAW kemudian dineutralkan oleh
zat-zat yang terkandung dalam kurma. Sementara itu Bisyir ibu al Barra’, salah
seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut akhirnya meninggal, tetapi
Rasulullah SAW selamat dari racun tersebut. Rahsianya adalah tujuh butir kurma
yang biasa dimakan Rasulullah SAW.
Menu Petang.
Menjelang petang
hari, menu Rasulullah SAW biasanya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja
tidak hanya cuka dan minyak zaitun, tetapi diambil dengan makanan asas seperti
roti. Manfaatnya banyak sekali, diantara mencegah lemah tulang, nyanyuk,
melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol, dan melancarkan
pencernaan.
Menu Malam.
Di malam
hari, menu utama makan malam Rasulullah SAW adalah sayur- sayuran. Secara umum,
sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama, yaitu menguatkan daya
tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit.
Sebelum Tidur.
Setelah
makan malam Rasulullah SAW tidak langsung tidur. Beliau beraktiviti terlebih
dahulu supaya makanan yang diambil masuk perut dengan cepat dan mudah dicerna.
Caranya seperti mendirikan solat. Rasulullah SAW bersabda:
“Cairkan
makanan kalian dengan berzikir kepada Allah SWT dan solat, serta janganlah
kalian langsung tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras”.
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment