HIJAU DAN PUTIH
WARNA KEGEMARAN RASULULLAH SAW.
Selama
ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah atau Islam beridentiti
dengan warna hijau. Sebenarnya apakah warna kegemaran Rasulullah SAW?.
Annas bin Malik r.a. mengatakan, "Warna yang
paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau".
Namun
selain itu Rasulullah SAW juga menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa
Nabi Muhammad SAW pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati,kelabu dan
warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya 'Ulumiddin berkata: "Yang
amat disukai oleh Nabi SAW ialah warna putih".
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan:
"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna
hijau lebih utama. Ada pun warna hijau adalah afdhal daripada warna yang lain,
sesudah putih".
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a. yang
berkata: "Aku pernah melihat Nabi SAW memakai serban hitam yang dipakainya
pada hari raya".
Al Baihaqi meriwayatkan hadis daripada Jabir ra
katanya: "Pernah Rasulullah SAW berpakaian yang bercorak merah pada dua
hari raya dan pada hari Jumaat".
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia
berkata: "Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain
yang berwarna kelabu".
Imam Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas r.a., beliau
pernah melihat: "Nabi SAW menutup kepalanya dengan kain biasa yang
bercorak-corak warnanya".
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment