TEMPAT SUJUD MALAIKAT JIBRIL DITEPI SEBELAH KANAN
PINTU KAABAH.
Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan Rasulullah SAW selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra’ Mikraj.
Jibril a.s. turun
sebanyak 10 kali yakni lima kali diawal waktu dan lima lagi di akhir waktu
untuk mengajar sempadan masa solat. Ia sebagai perincian kepada keterangan
firman Allah SWT didalam kitab Al-Quran yang mengkehendakki kita solat diwaktu
malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama
yakni Rukun Islam yang kedua selepas Shahadah.
Lazim Imam Masjidil
Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah solat waktu. Ada
Duyufur Rahman yang menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika
solat disitu.
Alangkah bertuahnya
dan amat beruntung tetamu Allah SWT itu.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment