Wednesday, 9 July 2014

INFORMASI - HUKUM SOLAT MEMAKAI KASUT.

HUKUM SOLAT MEMAKAI KASUT.

Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh Al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh Az-Zahabi, daripada Anas bin Malik r.a., berkata:

“Nabi SAW tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu ketika itu orang ramai pun turut menanggalkannya.

Nabi SAW bertanya: “Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?”.

Mereka menjawab: “Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan”.

Nabi SAW bersabda: “Jibril a.s. telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran”.

Dalam riwayat Ibn Khuzaimah ditambah: “Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya”

Ertinya, bukan satu masalah yang besar, bahkan diizinkan solat memakai kasut jika bersih. Namun ia dijadikan isu kerana ada kepentingan politik.

Betapa ramai yang pergi konsert yang pelbagai dalam negara ini yang entah bila mereka bersolat pun tiada siapa yang tahu.

Tidak pernah pula menjadi isu pun bagai ‘agamawan politik’ ini, tiba-tiba yang bersolat berkasut pula menjadi isu.


Wallahu taala a’lam

No comments:

Post a Comment