JANJI
ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT
Sebagai seorang manusia, kita tidak akan
terlepas akan perihal kematian. Oleh itu marilah kita sama-sama mengingatkan
diri kita semua tentang perkara yang akan berlaku pada hari kiamat. Berikut
adalah perkara² yang telah Allah SWT janjikan kepada kita semua umat manusia.
Sama-samalah kita muhasabah diri seketika.
* Selepas Malaikat Israfil meniup
sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh
makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu,
Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
* Selepas semua makhluk mati, Tuhan
pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya
sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
* Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil
a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
* Sekalian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji
benih.
* Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu
hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan
mereka hadapi kelak.
* Lalu datanglah api yang berterbangan
dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak
amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka sendiri.
* Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan
tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
* Tiba-tiba langit yang tebal pecah
dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah
SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya
yang menakutkan.
* Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi
seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan
bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam
mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
* Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum
oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini
lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih
sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
7 GOLONGAN YANG MENDAPAT TEDUHAN ARASY
* Semua makhluk berada bawah cahaya
matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka
ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah SWT.
3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah SWT dan berpisah kerana Allah SWT.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah SWT”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah SWT lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah SWT.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah SWT.
3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah SWT dan berpisah kerana Allah SWT.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah SWT”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah SWT lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah SWT.
* Oleh kerana tersangat lama menunggu
di padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang
beriman, kemudian mereka terdengar suara “Pergilah berjumpa dengan para Nabi”.
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam a.s. tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s.
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan
besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa
a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
* Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad
SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
* Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka
azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba dibumi.
* Arasy ialah jisim nurani yang amat
besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
* Kursi iaitu jisim nurani yang
terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi
lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia
umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
* Seluruh makhluk pun menundukkan
kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya
tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab
amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib dan Atid / Kiraman
Katibin.
* Manusia beratur dalam saf mengikut
Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama
pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk
dibezakan.
* Umat yang pertama kali dihisab
adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah
solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
* Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan
tangan kiri jika orang bukan mukmin.
* Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu
tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
* Acara ini disaksikan oleh Nabi
Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing
dihisab.
* Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan
amalan buruk tetap akan ditimbang.
* Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah SWT dengan Maha Bijaksana.
* Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk
yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi Titian Sirat.
3 SYAFAAT NABI MUHAMMAD DI AKHIRAT
* Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat
:
1. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
* Para Nabi dan Rasul serta golongan
khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan
mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
* Setelah berjaya dihisab, manusia
akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
* Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan
di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
* Para malaikat berdiri di kanan dan
kiri Sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti
sirat, hanya seorang sahaja yang BERJAYA melepasinya. 999 orang akan terjatuh
ke dalam neraka.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment