Wednesday, 9 July 2014

PENAWAR MUKMIN - 15 ANUGERAH ALLAH SWT YANG HANYA ADA PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

15 ANUGERAH ALLAH SWT YANG HANYA ADA PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

1.    Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda SAW bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka, “Tidak” Sabda Baginda SAW “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki”.

2.    Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3.    Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah SWT akan berkatkan rezekinya.

4.    Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

5.    “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah SWT akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.

6.    “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah SWT akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.

7.    “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah SWT telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat”.

8.    “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah SWT akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian”.

9.    “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah SWT akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya”.

10.   Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah SWT akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah SWT baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah SWT baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim”.

11.  Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12.  Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah SWT dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yaqut.

13.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT di akhirat, tetapi Allah SWT akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14.  Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15.  Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadith: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wallahu taala a’lam

No comments:

Post a Comment