Tuesday, 8 July 2014

INFORMASI - CUKA (Khal)


CUKA

Cuka merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW, maka sudah pasti banyak khasiat yang terkandung didalamnya dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Daripada Ummu Said r.a. , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebaik baik hidangan ialah khal(cuka). Ya Allah, berkatilah pada khal. (cuka)  Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal”. (cuka)
(Hadith Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW sukakan cuka. Pada ketika itu, hanya kurma digunakan untuk menghasilkan cuka melalui proses pemeraman. Tentu ada banyak kelebihan khal (cuka) ini sehingga Rasulullah SAW sangat suka memakannya.

Khasiat Khal. (Cuka)

Cuka banyak memberi khasiat kepada pemakannya sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Qanun Fi A-Tib karya Ibnu Sina dan kitab Al-Tib Al-Nabawi karya Ibnu Qaiyyim, antaranya;


·         Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembekakan seperti bisul dan kanser.
·         Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.
·         Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.
·         Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.
·         Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.
·         Membantu kulit dari kesan kepanasan cahaya matahari (kulit awet muda ).
·         Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.
·         Membantu metabolisma berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.
·         Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna seterusnya dapat menguatkan tulang dan gigi.
·         Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora (bacteria) vagina).
·         Membantu menguatkan mata dan telinga.
·         Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) secara umum diketahui berlaku disebabkan kandungan asid yang berlebihan dalam perut tetapi ada juga pakar berpendapat bahawa gastritis dan asid refluks adalah berpunca daripada kekurangan asid.
·         Membantu merawat masalah hempedu dengan cara melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.
·         Mampu mencegah keracunan berpuca dari pengambilan pelbagai jenis ubat.
·         Mampu menambahkan kuantiti susu ibu .
·         Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).
·         Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba dalam tubuh.


Sifat Khal.(cuka)

Sifat-sifat cuka ini banyak memberi manfaat apabila berada dalam tubuh badan kita . Ianya membantu melancarkan lagi sistem dalam badan supaya dapat beroperasi dengan lebih baik.

1. Antibakteria.
Asid organik cuka buah-buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka, memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik, propionik, succinic dan tartarik.

2. Antioksidan yang berkuasa. 
Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh.  Oleh itu bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron.

3. Anti-hiperglisemik. (menurunkan paras gula darah) 
Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh (hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas).  Pengambilan cuka juga dapat mengawal paras gula darah diabetes.

Cara Makan Cuka

·         campurkan satu sudu madu bersama satu sudu cuka. Minum sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur sebelum anda menjamah sebarang makanan.
·         campurkan ke dalam masakan sebelum anda makan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka".
(Hadith Riwayat Muslim) 

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

" Cuka ! Pencelupan yang terbaik”.( Minuman: Sahih Muslim:1051)

Mencelupkan: 

Tindakan memasukkan sesuatu ke dalam suatu cecair seketika. 
(mencelupkan roti ke dalam cuka dan memakannya)

Selain rasa yang teramat masam dan elok untuk buat jeruk atau campurkan kat salad, cuka juga ada banyak beri faedah kat badan kita. Antaranya:


PENGHILANG KELETIHAN.


Kaya dengan asid-asid organik dan membantu dalam metabolisme gula seterusnya menguraikan asid laktik dan ais keto yang menyebabkan keletihan.


PENYELARAS PARAS PH DALAM DARAH, MENGEKALKAN KESEIMBANGAN RELATIF DALAM TUBUH BADAN MANUSIA.


Pakar-pakar nutrisi mendapati bahawa cuka mengandungi makanan alkali. Sangat berguna dalam peneutralan asid yang disebabkan oleh pemakanan ikan, daging, beras yang dah di proses dan roti yang dibuat dari tepung yang tidak diasingkan dari bijirinnya.


MEMBANTU PENCERNAAN DAN PENYERAPAN ZAT.


Kandungan aktif dan asid amino boleh merangsang sistem saraf pusat pada serebrum, menyebabkan penghasilan lebih banyak jus pencernaan. Boleh juga melarutkn galian inorganik seperti kalsium, besi dan fosforus dan meningkatkan nilai nutrisinya.


MENGELAKKAN PENUAAN.


Dapat mengawal dan merendahkan penghasilan lemak terosida yang menjadi faktor penuaan. Ia juga mengurangkan bintik-bintik muka yang disebabkan oleh penuaan.


MENINGKATKAN KESAN ANTISEPTIK SISTEM PENCERNAAN. 


Menghapuskan staphylo coccus, bacillus coli, bacillus dysenteriae, halophil dan lainnya secara berkesan.


MENINGKATKAN FUNGSI HATI.


Asid amino, asid asetik, asid laktik, asid succinic dan zat-zat lain, dapat meningkatkan fungsi hati, meneutralkan toksin dan meningkatkan kadar metabolisme. Oleh itu ia boleh merendahkan penyakit hepatitis.


MELONGGARKAN SALURAN DARAH.


Menurunkan tekanan darah dan mengelakkan penyakit kardiovaskular. Juga merendahkan paras gula dalam air kencing dan mengelakkanpenyakit kencing manis.


MENINGKATKAN FUNGSI BUAH PINGGANG. 


Memiliki kesan diuretik. Selain dapat elakkan sembelit dan uroschesis, ia juga boleh merawat pembentukan batu ginjal, batu hempedu, batu dalam pundi kencing dan batu dalam ureter.


MENGELAKKAN KEGEMUKAN.


Dapat menukarkan lemak dalam badan kepada tenaga. Juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam gula dan protein.


KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT.


Mengandungi asid asetik, asid laktik, asid amino glycerol dan aldehydeyang bersifat sederhana dan merangsang kulit manusia . Melonggarkan salur darah , meningkatkan peredaran darah ke kulit dan membasmi mikro organisme pada kulit dan menjadikannya lebih licin.


Manfaat ringkas seperti berikut:


·         Mencegah cirit birit sebab ada bahan anti-diarrhea.
·         Mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia.
·         Mencegah kerosakan gigi.
·         Membunuh parasit dalam perut , usus kecil dan usus besar.
·         Meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghadapi masalah penghadaman.
·         Pembersih / pencuci untuk usus.
·         Berkumur untuk membersihkan mulut dan tekak dari segala kuman dan bakteria. (Perubatan secara sunnah )

Wallahu taala a’lam


No comments:

Post a Comment