Wednesday, 2 July 2014

SEJARAH - AGAMA SEBELUM ISLAM TIBA

AGAMA SEBELUM TIBANYA ISLAM.

Maksud: Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah SWT, sebarang sekutu dalam permohonan dan sembahan. (Surah al-Baqarah: 22)

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang diturunkan oleh Allah SWT melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

1.  Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan AllahSWT  sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad SAW sendiri.

2. Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa a.s. serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah SWT.

3. Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa a.s., namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5. Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ): Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf (‘ahlil-saf’). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10.Kepercayaan tahyul :
    Kepercayaan tangkal azimat
    Roh orang mati menjadi burung.
    Percaya kepada ahli nujum.
    Percaya kepada ahli sihir.
    Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri                 membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
    Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
    Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari               perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
    Membuat keputusan melalui anak panah.

Keadaan sebegini telah digambarkan oleh Al-Quran yang kerap membicarakan pengaruh besar pemimpin (Al-mala’) dalam mengekalkan ajaran yang bercanggah dengan tauhid:
“Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalau Allah berkehendak tentulah Ia menurunkan malaikat. Kami tak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu”. (Surah Al-Mukminun: 24)

Wallahu taala a’lam

No comments:

Post a Comment