30 KEISTIMEWAAN SELAWAT NABI.
1) Sabda Rasullah
SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat
keatasnya 10 kali ganda. (Hadith Riwayat
Muslim)
2) Allah SWT akan
hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap
kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan
oleh Allah SWT. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan
bertemu jodoh sama ada lelaki ataupun wanita.
4) Setiap penyakit
ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut
yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang
amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah SWT dirinya akan
lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid
Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah SWT seperti yang dihadapi oleh para
nabi.
9) Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat
11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah SWT akan mengindahkan
akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33
kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan
berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan
pertolongan Allah SWT, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran
hidup.
15) Menurut Syibab
Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak,
Allah SWT akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah SWT akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan
berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah SWT akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut
As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara berterusan, akan terpelihara
hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat
10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah SWT.
20) Sesiapa yang
membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal
mendapat syafaat (pertolongan) daripada Baginda SAW.
21) Menurut
Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka
amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat
yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada
hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23) Sesiapa yang
sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah SWT akan bukakan pintu
rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah
gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang
mungkin kerana Allah SWT itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak
berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya
yang lain.
26) Membaca selawat
1000 kali selepas solat hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah SWT akan hajatnya.
27) Menurut para
ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulama
berpendapat, Allah SWT akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.
29) Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka
ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya. (Hadith Riwayat Abu
Naim)
30) Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku 10
kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat. (Hadith Riwayat Thabrani)
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment