Wednesday, 2 July 2014

PEDOMAN MUKMIN - DUA WAKTU LARANGAN TIDUR.

DUA WAKTU TIDUR YANG DILARANG RASULULLAH SAW.

Tidur menjadi sesuatu yang keperluan dalam kehidupan kita. Kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih, urat-urat yang mengerut, dan otot-otot yang dipakai beraktiviti  seharian, boleh pulih semula dengan  tidur.

Dalam Islam, semua perbuatan boleh menjadi ibadah. Begitu juga tidur, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Dalam Al-Quran, Allah SWT pun menyuruh kita untuk tidur. Namun, ternyata ada dua waktu tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk tidak dilakukan.

1. Tidur di Pagi Hari Setelah Solat Subuh.

Dari Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda :

”Ya Allah, berkatilah bagi ummatku pada pagi harinya”. (Hadith Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi, dan Ibnu Hibban dengan sanad shahih).
Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya mensia-siakan waktu dengan tidur dimana beliau berkata :

“Termasuk hal yang makruh bagi mereka iaitu orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat  waktu tersebut dari orang-orang soleh, sampai-sampai walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu bergilir dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian saat yang mahal tersebut. Maka sebaiknya tidur pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa”. (Madaarijus-Saalikiin 1/459)

2. Tidur Sebelum solat Isyak

Diriwayatkan dari Abu Barzah r.a.: ”Bahawasanya Rasulullah SAW membenci tidur sebelum solat isyak dan bersembang–sembang setelahnya”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Majoriti hadith-hadith Nabi SAW menerangkan makruhnya tidur sebelum solat isyak. Oleh sebab itu At-Tirmidzi mengatakan: “Majoriti ahli ilmu menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum solat isyak dan bersembang-sembang  setelahnya dan sebahagian ulama lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadith-hadith Nabi SAW melarangnya, sebahagian ulama membolehkan tidur sebelum solat isyak  khusus di bulan Ramadhan saja”.

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari: “Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk solat, atau diketahui dari kebiasaannya bahawa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu solat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahawa alasan larangan tersebut adalah kebimbangan terlewatnya waktu solat”.

Wallahu taala a’lam

No comments:

Post a Comment