Monday, 7 July 2014

INFORMASI - 20 MAKANAN UNTUK CERDIK AKAL.

20 MAKANAN UNTUK CERDIK AKAL.

1. MADU
Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " Syifa". Manisan madu yang digelar sebagai "Raja Ubat", dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. Kenapa Al-Quran kata begitu?. Sebab madu ada pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental pembaca . Malah ada juga kalsium, fosforus, sulfur, zat besi, karbon, magnaseium, potassium(kalium), kuprum, silika, klorin,  mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Madu sangat berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti membaca, berfikir, merancang dan bermesyuarat.

Rasulullah SAW bersabda : 
"Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu".

Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
Larangan: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat Bahaya.

2. KISMIS
Kismis ada zat besi yang sangat penting untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak . Kalau kurang oksigen jadilah pembaca mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara makan: 
  1. Menghadap kiblat.
  2. Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi 3 x.
  3. Baca doa penerang hati.
  4. Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
  5. Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari. 

3. SUSU SEGAR
Susu sangat berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Sebab susu ada 3 unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak pembaca. Susu ada 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin mineral dan air. Susu bukan hanya berkhasiat merawat kesihatan sacara umum, malah jadi penawar kelupaan yang berkesan.
Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan, dan menghindari penyakit lupa. 
Tapi baginda minum susu kambing . Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan susu lembu segar.

Cara minum: 
  1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.
  2. Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah SAW.

Maksudnya : 

"Ya Allah, berilah kebaikan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah (keberkatan) bagi kami daripadanya". 
( Riwayat Abu Daud)

4. TELUR
Telur kan sebenarnya sangat bermanfaat untuk tambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Malah merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat, mengandungi mineral, protein, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah SWT memerintahkannya supaya memakan telur". 
Ada yang bila makan telur, buang kuningnya kerana beberapa sebab. Rugi jika tidak makan kuning telur sebab ia berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.

5. HALIA
Halia sangat mujarab untuk orang yang mudah lupa. Boleh makan mentah atau di buat halwa (rebus dan campukan gula).

Cara makan: Makan sedikit sahaja pada waktu pagi. 

6. LIMAU ORANGE
Menurut hadith Rasulullah SAW, orange berkhasiat untuk menbetulkan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.

7. BUAH DELIMA
Sabda Rasulullah SAW: 
"Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari".

8. DAGING BURUNG MERPATI

Rasanya ramai pembaca termasuk hamba juga tak sangka yang sebenarnya bijak pandai Islam dan melayu zaman dahulu suka makan daging burung merpati. Sebab dagingnya ada banyak khasiat seperti protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Ia sangat efektif untukmeningkatkan kecerdasan fikiran terutamanya pada kanak-kanak dan menjadi kaedah yang sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi makan telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9. OTAK AYAM
Otak ayam. Pada sesiapa yang hendak makan, otak ayam ini boleh di buat sup campur halia. Perlu diamalkan memakannya. Otak ayam segar pula boleh di buat penawar sementara bagi gigitan ular.

10. DAGING AYAM
Daging ayam di anggap mempunyai kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan daging ayam betina.

11. DAGING BIRI-BIRI
Fungsi daging biri-biri adalah untuk menambah darah, untuk orang yang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12. HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu sebab ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. 

13. KEKACANG
Antara kekacang seperti pistachio, soya, berangan, badam dan lainnya. Pistachio dan Badam yang paling baik dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak kerana ia mengandungi nilai protein yang tinggi

14. ZA'FARAN: KOMA KOMA
Sejenis bahan berambu merah. Kadangkala digunakan dalam memasak nasi bariani untuk memberikan warna merah pada nasi.

15. BUNGA KOBIS
Mengandungi sejenis asid amino untuk tenaga mental.

16. BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

17. LABU
Berfaedah menambah keupayaan fizikal dan akal. 

Sabda Rasulullah SAW : 
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga pernah menyarankan, jika membuat sup (atau kuah), dianjurkan masukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemmpuan fikiran dan akal.

18. BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

19. MINYAK SAPI 

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

20. SAYUR -SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR 

Juga membantu menguatkan akal dan memori.

Wallahu taala a’lam





No comments:

Post a Comment