FADHILAT WUDHU
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur
dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap
mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah
ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu
suci '". (Hadith
Riwayat Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
Manfaat
Wuduk Sebelum Tidur
Pertama, menenangkan
otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh
dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu
kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas
melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran seseorang
itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit
wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat
menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit
wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan
bersih.
Ketiga, didoakan
malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang
sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa
berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh
Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment