13
PERKARA BERKENAAN BAHTERA NABI NOH a.s.
Allah SWT memerintahkan Nabi Noh a.s. untuk membuat
bahtera. Bersama para pengikutnya Nabi Noh a.s. mengumpulkan paku dan menebang
kayu besar dari pokok yang ia tanam selama 40 tahun. Melalui wahyuNya, Allah
SWT membimbing Noh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan
dan banjir. Ini rekod dunia yang dipegang oleh Bahtera Noh:
LOKASI TERDAMPARNYA BAHTERA NOH a.s. |
1. Bahtera Noh Dipimpin Oleh Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600
tahun).
Ibnu Abbas r.a.menceritakan Bahwa Nabi Noh a.s diutus pada kaumnya
ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah
selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika berumur 600 tahun dan kemudian
selepas banjir hidup selama 350 tahun.
2. Bahtera Noh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Dari Kayu.
Ibnu Abbas r.a.menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s.
menghidupkan Ham bin Noh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, lalu
menjawab dia meninggal di saat usia muda kerana ketakutannya ketika banjir. Ia
berkata bahawa panjang kapal Nuh adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan
mempunyai 3 lapisan.
3. Bahtera Noh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.
Allah SWT membimbing Noh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi
serangan taufan dan banjir. Bahtera Noh dianggap sebagai alat pengangkutan laut
pertama di dunia.
4. Bahtera Noh Merupakan Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Terbuat
Dari Kayu.
LOKASI BAHTERA NOH a.s. |
Bersama para pengikutnya, Nabi Noh a.s. mengumpulkan paku dan menebang
kayu besar dari pokok yang ditanam selama 40 tahun.
5. Bahtera Noh Merupakan Kapal Pengangkutan Bertingkat Pertama Di Dunia
(3 tingkat).
Panjang bahtera Noh adalah 1200 kubit dan lebarnya 600 kubit dan
mempunyai 3 lapisan. Peringkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan
yang sudah dijinakkan, peringkat kedua ditempatkan manusia manakal ditingkat
ketiga untuk burung-burung.
6. Bahtera Noh Merupakan Kapal Yang Belayar Tertinggi Dari Dasar Laut.
Menurut Al-Quran, bahtera Noh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat
yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan
Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut
terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh
orang-orang Arab disebut sebagai Semenanjung Ibnu Umar (Tafsir Al- Mishbah).
7. Bahtera Noh Adalah Kapal Anti Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.
Allah SWT membimbing Noh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi
serangan taufan dan banjir.
PENGUKURAN ATAS TAPAK BAHTERA NOH a.s SEDANG DIJALANKAN |
PENGUKURAN BAHTERA NOH SEDANG DIJALANKAN |
8. Bahtera Noh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas.
Setelah bahtera itu selesai, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air
tenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.
9. Bahtera Noh Dinahkhoda Bukan Ahli Ilmu Kelautan Dan Perbintangan.
Noh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Injil, dan
Al-Quran. Noh diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM.
10. Bahtera Noh Adalah Satu-Satunya Kapal Pengangkutan Dengan Penumpang
Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat,
ia kemudian membina sebuah kota di daerah Ararat (Qarda) disuatu kawasan yang
termasuk Mesopotamia dan menamakan bandar tersebut Themanon (Kota lapan Puluh)
kerana bandar tersebut dibina oleh orang yang beriman yang berjumlah 80 orang.
11. Bahtera Noh Adalah Kapal Pengangkutan Yang Mengangkut Jenis Binatang
Berpasangan Terbanyak Di Dunia.
40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir
tersebut. Nabi Noh a.s.mempunyai empat orang anak. Seorang daripada mereka
bernama Kan’an. Dia derhaka kepada
ayahnya dan tidak beriman kepada Allah SWT. Kan'an mati ketika banjir dan
taufan melanda bumi ketika itu kerana keengganannya mengikuti perintah ayahnya
agar menaiki bahtera. Adapun tiga anaknya yang lain iaitu Sam , Ham dan Yafith
terselamat kerana patuh kepada ayah mereka dan beriman kepada Allah SWT.
Penduduk bumi hari ini adalah keturunan dari tiga orang anak Nuh tersebut. Menurut
riwayat Imam Ahmad: Dari Sam lahirlah orang Arab dan dari Ham lahirlah orang
Habsyi dan dari Yafith lahirlah orang Rom.
RIVET DARI BAHTERA NOH |
12. Bahtera Noh Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.
Berdasarkan foto yang dihasilkan dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah
perahu yang sangat besar dianggarkan memilik luas 7.546 kaki dengan panjang 500
kaki, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi dan masih ada tiga tingkat lagi atasnya.
13. Bahtera Noh Adalah Kapal Yang Mengarungi Banjir Terlama Di Dunia.
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air tenggelamkan bumi selama 150
hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.Nabi Noh a.s.menunggu hingga bumi benar-benar
kering sebelum membuka pintu bahteranya.
Wallahu taala a'lam
No comments:
Post a Comment