CARA
MENDIDIK ANAK MENURUT RASULULLAH SAW.
Anak adalah rezeki daripada Allah SWT
yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan.
Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kepunyaan Allah SWT lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia
kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan
memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan
kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia
menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha
Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak soleh yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang solehah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung.( Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana”. Maksudnya: “Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami”.
Jika Allah SWT takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya”. (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah SWT, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

DIDIK
ANAK CARA RASULULLAH SAW.
Mungkin ia kelihatan sedikit terkebelakang jika mahu dibandingkan dengan pelbagai kaedah moden yang wujud pada zaman ini untuk mendidik anak. Tapi sebagai orang Islam, cara yang diunjurkan Nabi SAW ini adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita amalkan.
1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.
Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun
Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud;
“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)”.
Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa takut dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT.
Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
3) Umur anak 15 hingga 21 tahun
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.
Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.
Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment