10
KHASIAT BUAH KURMA.
1.
Buah kurma dapat mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing
manis. Amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana
mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh
menyihatkan sel darah merah. Berdasarkan kajian kaum Arab Badwi yang makan buah
kurma secara teratur, menunjukkan kadar penghidap penyakit kanser dan jantung
yang sangat rendah.
2.
Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan
anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan: “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar (buah
kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4.
Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi
khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang
sihat.
5.
Membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran. Maksud
hadith Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang
hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang
bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya”.
6.
Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a.
katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW. Lalu Baginda
menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.
7.
Buah kurma makanan yang paling sempurna. Maksud sabda Rasulullah SAW: “Rumah
yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
8.
Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar
selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti
dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9.
Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat
Rotab atau Khalal.
10.
Buah kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah
usus. Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa
atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar
dijadikan amalan harian.
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment