4 BATANG SUNGAI DI SYURGa
Asalnya empat buah sungai
di Syurga bersabda Nabi SAW: "Semasa aku Israk dan naik ke langit yang
tinggi, Malaikat Jibril a.s. telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat
ke dalam semua Syurga Allah SWT. Aku lihat di dalamnya terdapat empat buah sungai yang besar-besar dan airnya
bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak
memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yang tidak masin. Sesungguhnya
keadaan ini samalah seperti firman Allah SWTdi dalam Al Qur'an:
"Didalam Syurga itu ada sungai yang airnya tidak masin. Ada sungai yang airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan". Aku bertanya kepada Jibril a.s :
"Wahai Jibril a.s., dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?" Jibril a.s. menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga Al-Kautsar, asalnya tidak aku ketahui".
Aku pun memohon petunjuk Allah SWT lalu muncullah seorang malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku lalu aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yang besa. Aku lihat ada sebuah kubah yang amat besar diperbuat dari permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari yaqut hijau dan kunci-kuncinya dari emas. Aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya:

"Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?" Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya?". Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu", tanyaku : "Dimana?" Jawabnya: engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim". Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya.
Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah Azza Wajalla. Sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang besar-besar. Melihat aku mahu keluar, malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?, sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya".
Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf min perkataan Ar rahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim,keluar air sungai madu. Demikianlah asalnya empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment